Terk3nal Pada Era 1980-An. Kamaruddin Ahmad, Bekas Penyampai Berita RTM Meningg@l Dunia
Terkenal Pada Era 1980-An. Kamaruddin Ahmad, Bekas Penyampai Berita RTM Meningg@l Dunia
KUALA LUMPUR, 2 Sept – Bekas penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kamaruddin Ahmad meningg@l dunia akibat s@kit tua di kediamannya di Bukit Sentosa, Rawang Selangor, pagi tadi. Anak Allahyarham Kamarul Zaidi Kamaruddin, 53, ketika dihubungi Bernama mengesahkan bapanya telah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 7 pagi.
“Kebelakangan ini, Allahyarham tiada selera makan menyebabkan beratnya semakin menyusut. “Arwah ada juga mengadu s@kit pinggang dan sendi tapi saya tidak berkesempatan berjumpa arwah disebabkan pandemik ini,” katanya.
Kamaruddin, 78, dilaporkan menghidap pelbagai peny@kit termasuk d@rah tinggi, diabetes dan sakit pada bahagian prostat. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, tengah hari tadi. Terkenal pada era 1980-an semasa bertugas di RTM, Kamaruddin turut bergandingan dengan Allahyarham Wan Chik Daud sebagai penyampai berita di televisyen.
Sumber: BERNAMA
Dah Baca, Jangan Lupa K0men Dan Share Ya. Terima Kasih!