Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Mahu rehat dulu, Wings ‘dipanggil’ ke Tanah Suci – “Doakan urusan kami di sana”

Mahu rehat dulu, Wings ‘dipanggil’ ke Tanah Suci – “Doakan urusan kami di sana”


Kumpulan rock legenda, Wings memaklumkan mereka berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah menerusi sebuah posting di laman Instagram rasmi petang tadi.

Posting tersebut memaparkan Awie (vokalis), Eddie (bass), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar) bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Menerusi kapsyen, kesemua anggota memohon peminat dan pengikut Instagram mendoakan agar semua urusan mereka dipermudahkan sepanjang berada di sana.

“Segala puji bagi Allah atas nikmat yang diberi, semoga Wings peroleh umrah yang maqbullah, Allahumma Aamin.
“Doakan urusan Wings di sana dipermudah dan dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna,” tulis Wings yang popular dengan lagu Taman Rashidah Utama.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa supaya kesemua ‘abang-abang’ Wings diberikan kesihatan yang baik serta selamat pergi dan pulang semula ke tanah air.

Gembira tengok abang-abang kita ni

Moga selamat perjalanan pergi & balik

Alhamdulillah syukur, moga dipermudahkan

Bulan lalu, kumpulan tersebut merancang untuk berehat seketika panjang sebaik pulang menunaikan umrah dan akan menyusun semula jadual seni selepas Hari Raya tahun depan.

Sumber: Instagram Wings

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.