(VIDEO) Gadis Ni Berselera Makan Ulat Bersama Maggie, Sekali Dr. Zulkifli Bagitahu Hukum Makan Ulat Sagu
Gadis Ni Berselera Makan Ulat Bersama Maggie, Sekali Dr. Zulkifli Bagitahu Hukum Makan Ulat Sagu
Di Sarawak, ulat sagu merupakan juadah yang biasa di makan, malahan menjadi pilihan ramai yang menggemari keunikan rasanya.
Namun begitu, tidak semua ‘berani’ untuk menelan dan makan makanan tersebut kerana nama ‘ulat’ itu sendiri sudah cukup buat ramai kembang tekak.
Relaks je dia makan hidup2
Lain pula halnya dengan seorang gadis, @dsdellllll yang tular videonya, sedang mengunyah dan menelan ulat sagu tersebut secara hidup-hidup.
VIDEO :
Rupanya memang makanan favourite
Melihat dari posting yang lalu, ternyata gadis ini memang menggemari ulat sagu dan menganggapnya sebagai ‘snek’ selain pembuka selera sebelum menjamah sesuatu makanan.
Dulu cuba2 je, sekali tersuka
Difahamkan, gadis ini pada mulanya hanya sekadar ‘cuba’cuba’ memandangkan orang sekeliling mencadangkan dia untuk merasai rasanya yang unik dan berlemak.
Namun, setelah mencuba, gadis ini menyedari ternyata dia menyukai ulat sagu ini dan mula memakannya dan menjadikan ianya sebagai salah satu kegemarannya.
“Aku tetap pilih ayam.”
Tinjauan ke ruangan komen mendpati rata-rata netizen meluahkan rasa ‘tidak sanggup’ untuk menelan dan makan uat sagu ini dan lebih rela memilih makanan yang biasa dimakan.
Malahan, ramai juga netizen yang menyatakan keraguan dari status halal ulat sagu ini.
Komen Netizen :
“Ulat sagu haram dimakan”-Datuk Seri Dr. Zulkifli
PUTRAJAYA – Ulat sagu atau ulat mulong haram dimakan kerana ia dianggap jijik sebagaimana pendapat ulama dalam kalangan mazhab Syafie.
Itu jelas Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi portalnya Maktabah Al-Bakri hari ini.
Menurutnya, hukum itu diputuskan berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan.
“Malah, pendapat ini juga adalah selari dengan keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak, bertarikh 20 November 2014.
“Dalam hal ini, hukumnya adalah haram disebabkan oleh kenajisan bangkainya dan juga kejijikannya.
“Ada pendapat lain kedua mengatakan halal secara mutlak, kerana ulat itu dianggap sebahagian daripada buah. Manakala pendapat lain turut mengatakan haram secara mutlak kerana ulat itu dikira sebagai bangkai,” katanya.
Ulat sagu adalah larva yang berasal daripada sejenis kumbang yang hidup di dalam batang sagu, pohon rumbia, pokok mulong atau pokok pantu yang reput.
SUMBER:dsdellllll/Redaksi