Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Rupanya Dah Lama Simpan, Pelakon Fazura Rupanya Tengah S4kit, Beritahu Apa Terjadi..

Rupanya Dah Lama Simpan, Pelakon Fazura Rupanya Tengah S4kit, Beritahu Apa Terjadi..


Kuala Lumpur – Gara-gara insiden tersadung besi lampu sorot, t.ulang kaki kiri Nur Fazura mengalami ker.etakan dan memaksa dia bergantung kepada pil penahan sak1t sejak dua minggu lalu.

Menurut pelakon dan penyanyi itu, dia dinasihatkan oleh doktor untuk memakai pendakap gentian kaca bagi mengelakkan keadaan kakinya yang membengkak itu menjadi lebih t.eruk.

Entah macam mana boleh tak perasan hingga tersadung kaki. Memang sak1t namun pada awal saya sangka tiada apa-apa yang serius

“Tak lama selepas tu kaki kiri saya mula jadi kebiru-biruan serta membengkak.

“Apabila suami bawa berjumpa doktor, saya dimaklumkan ada r.etakan dan diminta memakai pendakap fiberglass,” katanya.

Bagaimanapun, Nur Fazura, 38, berkata demi komitmen kerja dia terpaksa mengingkari nasihat diberikan doktor itu buat sementara waktu.

Menurut isteri pelakon Fattah Amin itu, alasannya, kerana perlu terbang ke Jakarta, Indonesia dalam waktu terdekat demi memenuhi undangan kerja.

“Saya sepatutnya tak boleh nak lasak sangat. Lepas pulang ke Malaysia akan buat rawatan susulan,” katanya.

Pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin itu ditemui pada sidang media pengumuman Konsert Faztival Fazura 2022 di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, pelakon Gol dan Gincu itu yang sering memakai kasut bertumit tinggi dilihat tampil dengan kasut bertumit rata hingga disangkakan sedang berbadan dua.

Bagaimanapun, Nur Fazura yang juga pelakon KamiHisteria itu menafikan dia kini sedang hamil anak kedua dan menjelaskan penampilannya berkasut sukan itu ekoran kakinya c.edera.

Kata Nur Fazura dia dan Fattah memang merancang untuk menambah zuriat selepas merealisasikan beberapa projek ketika ini.

“Mungkin hujung tahun lah kut. Kalau boleh nak sepasang, lelaki dan perempuan. Tapi rezeki Allah, kami terima saja mana-mana dan berharap mereka membesar menjadi anak yang soleh dan solehah,” jelasnya.

Fazura tetap sibuk bekerja walau kaki cedera

Demi memenuhi komitmen kerja, aktres Nur Fazura tetap mengikuti jadual tugasan yang sudah disusun dalam keadaan bahagian bawah kaki kirinya retak sejak dua minggu lalu.

Katanya, insiden terlanggar besi lampu sorot ketika menjayakan sebuah penggambaran mengakibatkannya terpaksa bergantung dengan pil penahan sakit buat sementara waktu.

“Kejadian itu berlaku dua minggu lalu. Saya terlanggar besi tiang lampu masa ‘shooting’. Memang sakit tapi saya sangka tiada apa-apa yang serius.

“Selepas bahagian bawah kaki mula nampak kebiruan dan membengkak, terus suami bawa saya jumpa doktor. Kemudian dimaklumkan ada retakan.

“Doktor nasihatkan pakai pendakap gentian kaca, tapi saya kena ‘terbang’ ke Jakarta, Indonesia dalam masa terdekat selain melunaskan beberapa komitmen lain.

“Selepas pulang nanti saya akan berjumpa doktor lagi untuk pemeriksaan susulan. Sekarang saya ambil ubat tahan sakit saja dan patut jangan lasak,” katanya.

Selebriti berusia 39 tahun itu ditemui selepas sidang media Konsert Faztival Fazura 2022 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, baru-baru ini.

Pada acara tersebut, Fazura dilihat mengenakan kasut sukan yang diacu bersama kain labuh beropol merah jambu bersama blaus hitam hingga mengundang tanda tanya.

Ada yang menyangka pelakon, penyanyi dan usahawan tersebut hamil anak kedua, namun bintang kesayangan ramai itu mengesahkan perlu mengenakan kasut yang sesuai disebabkan kecederaannya.

“Memang saya pun rindu nak tambah zuriat. Fatima pun sudah semakin besar, bakal berusia dua tahun dalam tempoh dua bulan lagi.

“Cuma sekarang saya sibuk merealisasikan beberapa projek. Mungkin hujung tahun selepas selesai semua kesibukan ini, saya dan Fattah sudah boleh menambah ahli keluarga.

“Ikutkan memang nak sepasang tetapi kita terima saja lelaki atau perempuan. Saya cuma mampu berdoa dikurniakan anak soleh dan solehah,” katanya.

Fazura dan aktor, Fattah Amin mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya.

Sumber: viralmedia.com