Ustaz Kazim Dedah Terp4ksa Tutup Muka Atas Arahan Doktor,Dah Beli 3 Topi Sama Ni Katanya
Ustaz Kazim Dedah Terp4ksa Tutup Muka Atas Arahan Doktor,Dah Beli 3 Topi Sama Ni Katanya
Ustaz Kazim Dedah Terp4ksa Tutup Muka Atas Arahan Doktor,Dah Beli 3 Topi Sama Ni Katanya
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai keadaan kini pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau mesra dikenali Ustaz Kazim dengan mengenakan pakaian bertopi dan menutup hampir seluruh mukanya pada sesi ceramahnya di Facebook miliknya.
Penampilan terkini Ustaz Kazim dalam ceramahnya telah menarik ramai perhatian sehingga ramai meluahkan kerisauan dan sedih dengan keadaan yang dialaminya. Malah, ramai menitipkan doa agar penceramah bebas itu kembali pulih seperti sedia kala.
Dah beli 3 topi yang sama ….

Dalam ceramahnya, Ustaz Kazim memberitahu dia telah membeli tiga pasang topi yang bercorak sama supaya dapat dipakai pada sesi ceramah rutinnya di platform Facebook.
Bagaimanapun, Ustaz Kazim enggan mendedahan penyakit sebenar yang dihadapinya namun hanya boleh meluahkan kesyukuran.
“Keadaan saya sekarang ini, saya tak boleh jawab di media, saya kena diam sahaja. Kalau orang tanya, saya jawab ‘Alhamdulillah,”jawabnya.
Jangan terkejut, saya kena pakai atas arahan doktor
Menurut Ustaz Kazim, ketika ini dia sedang menjalani rawatan dan dinasihatkan oleh doktor untuk tidak mendedahkan secara terus mana-mana anggota tubuhnya pada pancaran matahari.
“Saya kena pakai macam-macam krim pada seluruh tubuh badan. Jadi, mulai malam ini (semalam), saya harap semua tak terkejut saya pakai macam ni.
“Ia untuk saya menjaga muka dan seluruh tubuh badan saya buat sementara waktu berpakaian seperti ini. Saya kena jaga betul-betul supaya wajah saya kembali pulih seperti dahulu,”ujarnya.
Saya nak kulit seperti dulu…
Dalam pada itu, Ustaz Kazim mengatakan dia sedang sedaya upaya mahu mengembalikan kulitnya seperti sediakala dan tubuh kembali sihat.
“Kalau perhati betul-betul, wajah saya dalam siaran langsung nampak perbezaan ketara antara sekarang dengan beberapa bulan lepas.
“Jadi, dengan izin Allah saya sedang sedaya upaya mahu kulit kembali elok dan tubuh kembali sihat. Ini yang rawatan saya sedang jalani sekarang ini,”dedah Ustaz Kazim mengenai keadaannya.
Terdahulu, penceramah tersohor itu berkongsi secara terbuka mengenai penyakit misteri yang dialaminya sejak lebih lapan bulan lalu sehingga menyebabkan luka diseluruh badan termasuk muka.
Malah, beliau turut mendedahkan terpaksa memakai solekan tebal demi menutup masalah kulit wajahnya yang lebam dan akan berdarah secara tiba-tiba.
Sumber: Facebook Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias