PU Syed cadang berhimpun bantah kehadiran Blackpink di Kuala Lumpur
Tak semua konsert artis luar negara yang telah dan bakal berlangsung di Malaysia diterima ramai. Ada di antara mereka menentang kehadiran artis-artis luar kerana merasakan ia satu perkara yang sia-sia.
Antaranya adalah pendakwah terkenal, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak. Sebelum ini, beliau telah menyelar konsert Billie Eilish dengan membantah kehadirannya.
Cadang adakan himpunan bantah
Kali ini, beliau turut membantah kehadiran girlband dari Korea Selatan iaitu Blackpink.
Dalam perkongsiannya di Facebook, dia menyatakan hasrat akan melakukan himpunan membantah kehadiran kumpulan tersebut ke Malaysia.
“Kerajaan Wajib Halang Kumpulan ini dari jejak kaki mereka ke Bumi Malaysia atau kami akan usahakan utk buat himpunan dlm membantah kehadiran mereka ini!!
Mac 2023 bukan lama lagi…mula dari sekarang gerakan utk halang mereka ini!!” ujarnya.
Kalau bukan Islam nak berhibur boleh ke Korea Selatan
Tindakan tersebut bertujuan untuk mengelakan akidah umat Islam terjaga dari sebarang anasir luar yang boleh melalaikan anak muda terutamanya masyarakat Muslim.
Tambahnya, jika para peminat kumpulan Blackpink mahu menonton konsert girlband berkenaan, mereka boleh terbang ke Korea Selatan dan berhibur disana.
Jika orang kaf*r di Malaysia ini yg “selok” sgt nak berhibur..silakan pergi ke Korea atau ke mana shj, tapi jangan di Malaysia!!
Difahamkan, menerusi jadual tour yang telah beredar, berkemungkinan Blackpink akan singgah ke Malaysia sekitar Mac tahun hadapan.
Jika ia terjadi, ini merupakan penampilan kedua kumpulan tersebut di Malaysia selepas mengadakan konsert pertama di negara ini pada Februari 2019 di Shah Alam.
Sumber: Facebook PU Syed