Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Budak Rohingya hilang sejak 14 Mei

 Nur Kaida yang dilapor hilang pada 14 Mei lalu.
Nur Kaida yang dilapor hilang pada 14 Mei lalu.

Kota Tinggi: Seorang kanak-kanak etnik Rohingya berusia 11 tahun dilapor hilang sejak 14 Mei lalu dari kediaman keluarganya di Kampung Lukut Cina di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, kanak-kanak berkenaan dikenali sebagai Nur Kaida Mohd Shobi.

Beliau berkata, keluarga berkenaan menyedari kehilangan kanak-kanak itu yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) pada awal pagi pada hari kejadian.

"Apabila bapa kanak-kanak terjaga dan mahu ke tandas, dia mendapati kanak-kanak itu hilang.

"Sehingga kini, tiada sebarang maklum balas positif daripada keluarga mangsa atau perkembangan baharu berkaitan kehilangannya.

"Keluarga semakin membimbangi keselamatannya dan berharap orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan kanak-kanak berkenaan menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Abimel Senele di talian 0 17-661 7774," katanya menerusi siaran media.

Disiarkan pada: Ogos 31, 2022 @ 9:40am