Innalillahiwainnailaihirajiun Khabar Duka Dari Betty Banafe Telah Meninggal Dunia Si ... (Baca Artikel Penuh)
Ibu kepada pelakon, Betty Banafe, iaitu Fauziyah Gholib Nagib, 82, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.15 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru akibat jangkitan kuman dalam darah.
Menurut Betty atau nama sebenarnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, ibunya juga sejak tahun 2010 lalu bertarung nyawa dengan pelbagai komplikasi penyakit lain termasuk tumor otak.
Allahyarhamah ibunya dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu.
“Ibu meninggal dunia dalam keadaan tenang ketika tidur. Dia pergi tanpa disedari kerana tiada bunyi seperti orang nazak.
“Nafasnya terhenti dengan baik dan mudah. Kerana tumor otak juga, dia tidak merasai kesakitan dialami. Ibarat dia tahu dirinya sakit, tapi seperti tak diendahkan.
“Di hujung usianya daya ingatan ibu saya memang tidak bagus. Dia seperti ingat ingat lupa. Malah mukanya juga mula membengkak kerana jangkitan kuman dan kegagalan buah pinggang,” katanya.
Betty menambah, pada peringkat awal ibunya disahkan mempunyai tumor otak, doktor pernah meramalkan hayatnya hanya mampu bertahan dalam tempoh dua tahun sahaja.
“Bagaimanapun selepas tahun 2013, nyawa ibu saya masih panjang kerana bertahan hingga ke hari ini. Kami sebagai anaknya reda dengan takdir tertulis ini.
“Malah kami anak-beranak berlumba-lumba menjaganya dan berkongsi kasih sayang. Ibu memang segala galanya untuk kami,” kata Betty yang turut akui, ibunya juga sering memuji Ilahi biarpun dalam keadaan separa sedar.
“Semoga pemergian ibu akan dipermudahkan dan mendapat husnul khotimah. Ramai sayangkannya,” katanya lagi.
Jenazah arwah ibunya akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Bukit Aliff di Johor Bahru.
Allahyarhamah meninggalkan lima anak dan 18 cucu, al-Fatihah.