Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

‘Tiada Lagi Senyuman Manismu..’ ‘Pejuang Kanser’ Adik Qistina Batrisya MeninggaI Dunia


‘Tiada Lagi Senyuman Manismu..’ ‘Pejuang Kanser’ Adik Qistina Batrisya MeninggaI Dunia

Tiada lagi senyuman manis kanak-kanak pengidap Leukemia tahap akhir, Qistina Batrisya Zamri, tujuh tahun, selepas menghembus nafas terakhir pada 3.50 pagi tadi.

Khabar duka pemergian anak ketiga daripada lima beradik itu disahkan ibunya, Juriah Saad, 41.

“Anak saya meninggaI dunia di sisi keluarga di rumah kami di Kuala Ketil, Kedah.

“Jnazah dijangka disemadikan pada 11 pagi di Tanah Perkburan Islam Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada Oktober lalu, media melaporkan mengenai hasrat Qistina Batrisya yang mahu ke sekolah bagi bertemu kawan baiknya, Damia dan guru kelas, Siti Sarah Zakaria.

Berikutan keadaan kesihatan yang tidak menentu, kanak-kanak pintar dan ceria itu hanya sempat bersekolah selama 14 hari.

Juriah berkata, walaupun bersedih dengan kehilangan anaknya, namun dia gembira kerana dapat menunaikan hasrat Qistina Batrisya bagi berjumpa Damia dan guru terbabit.

Katanya, pertemuan itu berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Teloi Kanan, Kuala Ketil, pada awal November lalu tanpa dirancang.

“Qistina Batrisya memberitahu dia rindu pada semua kawan jadi saya ambil keputusan untuk terus membawanya ke sekolah.

“Walaupun waktu persekolahan hampir tamat, dia sempat bertemu dengan Damia, rakan sekelas yang lain dan Cikgu Siti Sarah.

“Pertemuan berkenaan dilakukan pada masa singkat berikutan keadaannya yang lemah, namun dia amat gembira pada hari itu,” katanya lagi.

Juriah turut mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Sahabat Kanak-kanak Knser Wilayah Utara (Foccan) kerana prihatin dengan perkembangan Qistina Batrisya dan kanak-kanak pejuang knser yang lain.

Qistina Batrisya disah mengidap knser pada 2018 dan mula menjalani kem0terapi pada April 2019.

Rawatan berkenaan berjaya, namun doktor mengesahkan bahawa sel knser kembali mnyerang pada Januari lalu.

Anak kepada pasangan penoreh getah dan suri rumah itu menjalani semula kem0terapi sebelum semua rawatan terpaksa dihentikan pada Julai lalu kerana ubat yang diberi tidak mampu meIawan knser berkenaan.

Salam takziah buat keluarga moga tabah dan kuat hadapi dugaan berat kehilangan insan tersayang. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Alfatihah buat anak syurga. – Sumber dipetik dari DB, HM via MyTvViral