Anwar Ibrahim diumum PM ke-10, bursa Malaysia naik mendadak?
Anwar Ibrahim diumum PM ke-10, bursa Malaysia naik mendadak?
Disebabkan beberapa hari ini ada ura-ura mengatakan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10 negara, ada mengatakan bahawa bursa saham naik dengan mendadak.
Ada kena mengena ke?
Menjengah ke Twitter, beberapa pengguna media sosial memaklumkan bahawa bursa saham sedang naik selepas berita tentang Anwar Ibrahim bakal menjadi perdana menteri tersebar walaupun tidak ada kepastian lagi.
Bursa Malaysia meningkat
Menerusi laporan dari Bernama, bursa Malaysia juga dijangka terus naik. Pada awal pagi tadi, Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan kukuh, dengan indeks utama meningkat 2.01 peratus berikutan momentum belian yang berterusan dalam persekitaran sentimen pasaran yang lebih baik di peringkat tempatan dan luaran.
Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 28.94 mata kepada 1,471.44 daripada 1,443.5 pada Rabu. Saham pandu pasaran dibuka tinggi 7.18 mata kepada 1,450.68.
Khabar positif buat Malaysia
Walaupun perkara tersebut tidak dinyatakan secara terperinci sama ada ia ada kaitan dengan pengumam Anwar sebagai PM ataupun tidak siang tadi, rata-rata pengguna media sosial menganggap ia sebagai satu khabar positif untuk kemajuan ekonomi negara.
Kebetulan je tapi mungkin petanda baik
Sumber: Bernama, Twitter