‘Adik Zafran Pergi Jua..’ Tragedi Berkelah, Bayi 17 Bulan ‘Dihempap’ Pokok Ru MeninggaI Dunia
Adik Zafran Pergi Jua..’ Tragedi Berkelah, Bayi 17 Bulan ‘Dihempap’ Pokok Ru MeninggaI Dunia
Bayi lelaki berusia setahun lima bulan yang ‘dihempap’ pokok ru ketika didukung ibunya di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka dilaporkan meninggaI dunia lewat pagi tadi.
Berita mendukacitakan itu dik0ngsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi melalui hantaran yang dibuat di laman sosial Facebook miliknya awal pagi tadi.
“Jam 1.30 pagi Kak Ina mendapat panggilan daripada Pihak Hospital Melaka bahawa adik Muhammad Zafran Ilman Bin Mohd Syazwan, mngsa ‘dihempap’ pokok telah kembali kepada Sang Penciptanya.
“Semoga r0hnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaan ini,” tulisnya.
Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan dikejarkan ke hospital selepas dia dan ibunya ‘dihempap’ sebatang pokok ru ketika berkelah di Pantai Puteri, Tanjung Kling, petang semalam.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, bayi tersebut sedang didukung oleh ibunya sebelum tiba-tiba sebatang pokok ‘menghempap’ mereka dan menyebabkan mngsa tersembam ke pasir.
Akibat kejadian itu bayi berkenaan mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans, manakala ibunya cdera di belakang.
Tuminah yang turut ke lokasi selepas dimaklumkan mengenai insiden itu memberitahu, kawasan tersebut mungkin akan ditutup buat sementara waktu bagi aktiviti perkhemahan atau perkelahan.
Pihaknya juga telah menghubungi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu bagi tindakan menebang pokok yang telah berusia lebih 20 tahun yang berisik0 tumbang.
Salam takziah buat keluarga moga tabah dan kuat hadapi dugaan kehilangan insan tersayang. Alfatihah buat anak syurga. – Sumber dipetik dari DB, KOSMO! via MyTvViral