“Tak Ada Rasa Hormat..”- Konsert depan Masjid Zahir cem4r nama baik Kedah, MBAS jawab tvduhan
Hari ini, kecoh di media sosial mengenai sebuah festival dan konsert hiburan yang dianjurkan di Balai Seni berhadapan dengan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.
Menerusi video dimuat naik oleh pengguna @amanahpadangserai di laman TikTok dilihat aksi penonton meIompat dan menari ketika persembahan muzik dianjurkan.
Semakin ber4ni buat dekat dengan masjid pula tu
Mana tidaknya, aksi yang dilakukan oleh pengunjung yang hadir di situ seolah-olah sudah meIampau sehingga mengundang kemarahan ramai khususnya penduduk beragama Islam memandangkan ia diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir.
Kerajaan negeri kesal penganjuran konsert hiburan
Terbaharu, menurut laporan Harian Metro, pihak kerajaan negeri negeri Kedah meIuahkan kekesaIan dengan penganjuran konsert hiburan tersebut yang diadakan berhadapan Masjid Zahir. Penganjuran seperti itu boleh menjejaskan nama baik Kedah yang berada di bawah kepimpinan PAS.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad berkata, meskipun festival tersebut mendapat kebenaran oleh pihak berkaitan, namun aktiviti penutup konsert hiburan tersebut dilihat kurang sopan.
“Program bermula pagi dengan aktiviti yang disusun oleh penganjur ketika itu semuanya nampak okey… ada jualan dan sebagainya, tapi di penghujung program ada k0nsert pulak.
“Pengisian macam itu amat-amat tidak wajar dan mencem4rkan nama baik kita. Kita (Kedah) tercaIar dengan acara begini.
“Konsert hiburan tak layak dibuat di dataran itu kerana ia di depan masjid dan belakangnya pula adalah pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK). Saya merakamkan kekesaIan dengan apa yang berlaku,”
Najmi juga menitipkan pesanan kepada pihak berkuasa supaya lebih berhati-hati dalam memberi kelulusan terhadap sebarang acara dan memantau program yang dianjurkan.
Jelasnya lagi, penganjuran program di dataran tersebut sepatutnya dipenuhi dengan program bermanfaat dan pengisian yang baik serta bersesuaian. Bukannya dengan persembahan muzik atau hiburan.
MBAS n4fi beri lesen
Sementara itu, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai Seni berhadapan dengan Masjid Zahir di sini, semalam.
Menurut Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad, MBAS meIahirkan rasa kesaI dengan tindakan penganjur terlibat yang disifatkan meIanggar peraturan selain menimbulkan rasa kvrang senang dalam kalangan rakyat negeri ini.
“Memang konsert atau g1g tersebut dibuat tanpa kebenaran. Saya dimaklumkan pihak penganjur hanya mendapat lesen untuk mengadakan bvsking sahaja iaitu dua lesen yang kita bagi.
“Selain bvsking kita hanya membenarkan jualan termasuk trak makanan dan permainan kanak-kanak sahaja. Kita tengok macam konsert dah dan memang tak ada kebenaran,” katanya di sini hari ini.
Tambah beliau, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut termasuk memanggil penganjur berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.
Sumber: TikTok @amanahpadangserai, Harian Metro (Noorazura Abdul Rahman), OMM
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan