“Perlu ke ada tarian macam ni?”- Majlis perkahwinan Sweet & Adam dikritik ramai
Semalam, pasangan pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina sah bergelar sebagai suami isteri selepas mereka menjalin percintaan selama tiga tahun.
Malah, pasangan merpati dua sejoli itu turut melakukan majlis perkahwinan pada malam semalam dengan dihadiri keluarga, saudara mara dan juga rakan artis.
Pun begitu, menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @piyaasoff di laman TikToknya, kelihatan Sweet bersama beberapa wanita yang lain sedang asyik menari ketika majlis berkenaan berlangsung.
Perlu ke macam ni? Dapat berkat tak?
Bagaimanapun, tindakan pelakon yang berusia 25 tahun itu telah mengundang pelbagai reaksi dan kritikan ramai yang mempersoalkan perbuatannya itu tidak patut dilakukan untuk mendapatkan keberkatan majlis.
Malah, ada juga yang menganggap majlis perkahwinan Sweet dan Adam terlalu mengikut gaya barat dan meluahkan rasa sedih apabila melihat cara pasangan selebriti itu meraikan majlis perkahwinannya.
Biarlah Sweet nak happy, itu hak dia
Namun begitu, disebalik kecaman dan kritikan netizen, ada yang berpendapat tarian yang dilakukan oleh Sweet tidak keterlaluan dan dia berhak untuk bahagia ketika majlisnya itu.
Sekadar info, Sweet dan Adam selamat diijabkabulkan kira-kira pukul 10.40 pagi semalam di The Boathouse, Ampang dan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Tuan Haji Mohd Khairi Husin berwakil walikan abang kandung Sweet, Fahed Ashraf Supandi.
Sumber: TikTok @piyaasoff