Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Perjalanan Ke StesenBas Bertukar Tragedi, Anak Doktor Ahmad Wazi meninggal dunia dalam kereta. Salam takziah


Perjalanan Ke StesenBas Bertukar Tragedi, Anak Doktor Ahmad Wazi meninggal dunia dalam kereta. Salam takziah


CHUKAI: Dua pelajar kolej kejururawatan maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 145, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat kawasan Perindustrian Telok Kalong, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.37 petang, Muhammad Ilman Waiz Ahmad Wazi, 18, maut di tempat kejadian manakala Muhammad Amirul Adli Mohd Anuar, 18, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kemaman, kira-kira jam 3 petang.

“Pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda berusia 21 dan 28 tahun yang juga pekerja syarat petrokimia tidak cedera,” katanya.

Hanyan berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu membantu mengeluarkan mangsa sebelum menghubungi polis.

“Kesemua mangsa adalah pelajar sebuah Kolej Kejuruteraan TATIUC di Teluk Kalong dan mereka dalam perjalanan dari kolej ke stesen bas ekspres di bandar Chukai.

“Kedua-dua mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

“Petang tadi dikejutkan satu berita Dr Ahmad Wazi Ramli dan Siti Syaffurah Mohd Sharif serta seluruh ahli keluarga telah kehilangan insan tercinta Muhammad Ilman Waiz. Sakit dada dibuatnya mendengar perkhabaran duka ni. Salam takziah buat Dr sekuaga.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون” – Norita

“Petang td dihubungi oleh sahabat yg mengendalikan Unit Forensik Hkmn, Mohd Suhaimi memaklumkan tentang pemergian Muhammad Ilman Waiz, anak sulung kpd sahabat baik saya, Dr Ahmad Wazi Ramli yg diuji dgn musibah dan dijemput kembali kpd si Penciptanya. Sempat bercakap dan mengucapkan takziah kpd Dr Wazi..getaran suaranya jelas yg beliau sedang menahan sedih. Namun beliau seorang yg kuat dan tabah..semoga roh anakanda ditempatkan bersama para syuhada’ dan solihin, serta dipermudahkan segala urusan.” – Ryan

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – BH