Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

SubhanAllah, Usia Muda Lagi Dah Hafaz 30 Juz Al-Quran Dan Bakal Bergelar Doktor

SubhanAllah, Usia Muda Lagi Dah Hafaz 30 Juz Al-Quran Dan Bakal Bergelar Doktor

Namanya mula tular sekitar awal bulan Jun lalu tatkala wajahnya terpapar dalam video, sedang mengimamkan solat terawih di sebuah masjid di Cyberjaya. Video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna laman Facebook mendapat lebih dari 1.4 juta tontonan dan 29,000 perkongsian.

Terpanggil untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pemuda ini, penulis telah menghubungi beliau untuk bertanyakan beliau beberapa soalan.

Menurut Syazwan, video berkenaan diambil semasa beliau berada di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. Belaiu sebenarnya merupakan seorang pelajar tahun akhir jurusan perubatan dan pembedahan dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).

Selain sibuk menghadiri kelas dan menuntut ilmu, beliau juga sebenarnya seorang Imam Rawatib (tambahan) masjid tersebut. Imam Rawatib merupakan Imam yang dipilih oleh anak Qaryah sesuatu masjid dan disahkan oleh Majlis.

Lebih mengagumkan adalah apabila anak kedua dari empat adik beradik itu telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran semasa beliau menuntut di Darul Quran dahulu. Dan terbaru, beliau kini sedang menjalani latihan praktikal di Hospital Kajang sebagai persediaan sebelum bergelar doktor perubatan.

Syazwan menyatakan bahawa sepanjang Ramadhan lalu, selain menjadi Imam solat terawih di Cyberjaya, beliau turut memenuhi jemputan di kawasan lain seperti, Shah Alam, Puchong, Kedah mahupun Klang.

Tambah Syazwan, pada kebiasaannya beliau akan mengambil masa setengah jam untuk membaca Al-Quran sebagai persediaan untuk melancarkan baac ketika mengimamkan solat.

Di akhir perbualan Syazwan menjelaskan bahawa baginya, kehidupan dunia dan akhirat perlulah diseimbangkan. Al-Quran adalah sokongan kuat untuk kejayaan kerjaya hakiki dan bukanlah bebanan.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Kini Detik Viral / mysumbermaya