Sia-sia 14 tahun bercinta, wanita nikahi lelaki lain selepas 2 minggu hubungan berakhir... Tak bawa jumpa bakal mentua punca tawar hati
Sia-sia 14 tahun bercinta, wanita nikahi lelaki lain selepas 2 minggu hubungan berakhir... Tak bawa jumpa bakal mentua punca tawar hati
REZEKI, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah.
Itu juga yang telah ditetapkan buat seorang wanita iaitu Nurul Azwani Tamam apabila percintaan bersama dua lelaki selama 14 tahun tidak berakhir seperti diharapkan.
Sebaliknya, Nurul Azwani akhirnya bertemu jodoh dengan suami, Muhammad Fakhrul Razien hanya selepas dua minggu berkenalan.
Nurul, 32, memberitahu dia pernah membelakangkan keluarga sendiri semata-mata ingin meluangkan lebih banyak masa bekas teman lelaki tetapi akhirnya diri sendiri kecewa.
"Masing-masing ada buat silap dan tak matang waktu itu, mungkin sebab itu juga hubungan kami tak boleh pergi jauh.
"Memanglah kecewa sebab tujuh tahun saya buang masa, buang duit dan tenaga," katanya.
Bagaimanapun kata Nurul, dia tawar hati dengan bekas teman lelaki keduanya apabila jejaka itu memberi pelbagai alasan apabila ditanya hala tuju hubungan mereka.
"Setiap kali saya tanya bila hendak bawa jumpa ibu bapanya, dia akan memberi pelbagai alasan selain tidak bersedia.
"Perkara itu membuatkan saya tawar hati," jelasnya.
Bertemu suaminya ketika hatinya kecewa, Nurul tidak berfikir panjang apabila Muhammad Fakhrul serius untuk menyuntingnya sebagai isteri.
"Dua minggu selepas berkenalan, suami ajak saya berkahwin dan saya bersetuju.
"Saya setuju sebab dia 'gentlemen' dan Alhamdulillah kami bahagia sehingga kini," ujarnya.
Nurul dan Muhammad Fakhrul, 30, berkahwin pada 4 November 2017 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
-Mstar.com