Selepas Berk4bung Setahun, Cikgu Param Pu.tuskan Memeluk Islam
Mengucap dua kalimah syahadah merupakan antara momen yang mengharukan yang dilalui oleh setiap para muallaf, perasaan sentimental yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Detik indah ini turut dilalui oleh seorang muallaf berbangsa India yang sejak kecil membesar dalam k0muniti Melayu, K Parameswaran, 35, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Param.
“Perasaan saya bercampur baur antara se.dih dan gembira sebaik melafazkan dua kalimah syahadah,” katanya yang juga seorang aktivis masyarakat yang aktif dalam aktiviti kebajikan setelah memeluk Islam di Masjid Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di Sungai Petani selepas solat Jumaat, pada 9 September lepas.
Se,bak, Disaksikan Ramai Jemaah
Menurutnya, dia tidak dapat menahan se,bak dan mengalirkan air mata selepas melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof dengan turut disaksikan jemaah lain termasuk rakan-rakan yang datang dari jauh.
“Bagi saya, lafaz dua kalimah syahadah ini boleh dilakukan sama ada di Kuala Lumpur atau mana-mana saja l0kasi suatu hari nanti kerana saya memang bersedia untuk memeluk Islam.
“Namun, Allah SWT sebaik-baik perancang kerana menemukan saya dengan Ustaz Yaakub sekali gus melafazkan dua kalimah syahadah di hadapannya disaksikan jemaah masjid yang saya sendiri tidak kenal mereka,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, dia amat terharu kerana ramai jemaah masjid datang bersalaman sambil memeluk dengan memberi kata-kata semangat kepadanya selepas selesai melafazkan dua kalimah syahadah.
Berkampung 2 Bulan Setengah Di MADAD
“Sebelum melafazkan dua kalimah syahadah, saya ‘berkampung’terlebih dulu di MADAD selama 2 bulan setengah untuk mendalami dan mempelajari ilmu asas agama Islam.
“Alhamdulillah, dengan bantuan ustaz dan tenaga pengajar di MADAD, saya dapat belajar s0lat, membaca al-Quran serta ilmu agama yang lain,” ujarnya lagi.
Berkabung Setahun
Beliau berkata, dia sudah lama ingin memeluk Islam namun 3 ahli keluarga iaitu ibu, bapa dan abangnya meningg4l dunia akibat j4ngkitan Cvd tahun lalu dan dia terpaksa berkabung selama 1 tahun selepas pemergian mereka.
“Sebagai satu-satunya waris yang ada, saya kena berkabung selama setahun kerana perlu melakukan upacara penghormatan terakhir buat ahli keluarga mengikut agama dulu.
“Jadi, selepas saja selesai tempoh berkabung saya akhirnya meluahkan hasrat untuk memeluk Islam kepada ustaz dan rakan-rakan dan berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu,” katanya.
Keluarga Tak Pernah Halang
Menurutnya, ketika masih hidup semua ahli keluarga tidak pernah menghalang sekiranya dia mahu memeluk Islam namun dia masih belum bersedia ketika itu.
“Ketika masih hidup ibu dan bapa tidak pernah menghalang kerana selagi apa yang saya lakukan itu betul dan tidak memu.tuskan ikatan persaudaraan ia sudah memadai untuk mereka.
“Malah, ibu dan bapa memang cukup seronok melihat saya dan abang membesar dalam komuniti Melayu dan setiap kali tiba Ramadan mereka tidak pernah lupa membelikan juadah untuk diberikan kepada jiran,” katanya.
Ditanya mengenai nama yang akan digunakan nanti, Cikgu Param berkata buat sementara ini ia masih dalam peringkat perbincangan untuk memilih nama yang sesuai buatnya.
“Saya memeluk Islam atas kerelaan hati sendiri dan sebagai orang baru, banyak lagi yang saya perlu belajar serta mendalami dalam ilmu agama,” katanya.
Semoga Cikgu Param istiqamah dan terus mendalami ilmu Al-Quran dan Assunnah.
Sumber : Facebook Cikgu Param/ Hmetro