Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

‘Sebenarnya Bob Peniaga Tembikai’ – Awie Dεdah Hasrat Bob Lokman Yg Tak Kesampaian Hingga Dia Mninggᾰl

” Bob adalah pemidato terbaik di sekolahnya jadi itu antara kelebihan dan kebolehan yang menjadikannya sebagai pengurus Wings ketika tahun 1980-an.”

Demikian kata-kata penyanyi rock legenda Datuk Awie sewaktu mengimbas kenangan bersama Allahyrham Mohd Hakim Lokman atau Bokman.

Kata Awie, arwh pernah berkhidmat membantu merangka perjalanan kumpulan Wings sekitar tahun 1980-an, penyanyi rock legenda Datuk Awie menyifatkan Allahyarham Bob Lokman sebagai seorang yang bercita-cita tinggi.

Bermula sebagai penjual buah tembikai, Bob Lokman mula mengikuti kumpulan Wings secara suka-suka pada satu ketika dahulu.

Jelas Awie, kebijaksanaan arwh bertutur dan berkomunikasi antara faktor yang menjadikan beliau sebagai pengurus Wings ketika itu.

Bob merupakan penjual tembikai, bercita-cita nak jadi YB

” Sebenarnya, Bob merupakan peniaga buah tembikai, namun beliau sering mengikut Wings membuat persembahan di beberapa tempat dan akhirnya mengatur perjalanan kerjaya kami.

” Mengenali beliau memang mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi untuk berkhidmat kepada masyarakat.

” Pernah satu ketika, kami bersama-sama menjadi penceramah bebas di Baling, Kedah.

” Bob ingin menjadi wakil rakyat untuk orang ramai. Antara hasratnya adalah untuk bertanding,” kata Awie kepada HarianMetro.

Mengimbas kembali personaliti dan karakter Bob, Awie menyifatkan arwh sebagai individu yang periang.

Malah, jenaka bersahajanya sering membuatkan rakan-rakan tidak kering gusi dengan kehadirannya.

” Ketika awal perkenalan dulu, kami tidak tahu beliau mempunyai kebolehan dalam bidang penulisan. Cuma karakternya yang periang membuatkan kami dekat dan mudah mesra.

” Apatah lagi, dengan wajah bersahaja namun membuatkan kita ketawa tidak kering gusi. Itu adalah momen yang diingati satu ketika dahulu ketika beliau bersama-sama Wings,” katanya.

Penulis lirik terkemuka tanah air yang juga pelakon terkenal, Bob Lokman, 58, meninggI dnia hari ini.

Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman meninggI dnia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan.

Terdahulu, penulis lirik itu dilaporkan bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Bob mencipta nama sebagai penulis lirik untuk lagu seperti Intanku Kesepian, Taman Rashidah Utama nyanyian kumpulan Wings pada 1987 dan 1988, diikuti Segalanya Ku Terima nyanyian Illusi 1989, Memburu Rindu (Hattan, 1991), Kerana Cinta (Exists, 1991), Rendang Tak Berbuah (Hattan, 1996).

Bob turut aktif berlakon drama televisyen antaranya Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Tentang Bulan The Series, 2+1.com.my sebagai pelakon undangan serta pengacara program Teksi Tunai.

Manakala penampilan pertama di layar lebar adalah menerusi filem Yes Tuan! sekitar 1996 selain Iskandar, Jin Notti, Santau, Zoo, Mantra serta Sekali Lagi antara tahun 2003 hingga 2011.

Beliau meninggalkan seorang balu Relawati Daud serta tujuh anak. Seorang anak lelaki pasangan itu meninggI dnia akibat ketumbuhan otak pada 2018.


Sumber:hmetr0


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!