Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Pokok Durian Bersaiz Gerg4si & Berusia 62 Tahun Di Taiping, Tarik Tumpuan Netizen

Durian ialah buah daripada spesies pokok dalam genµs Dµrio (pokok Durian) yang menghasilkan buah beraroma kµat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran “raja buah”.

Durian ialah sejenis buah-buahan tropika yang berasal dari beberapa negara iaitu Brunei, Filipina, Indonesia dan juga di negara kita Malaysia.

Pokok durian biasanya bersaiz besar dengan ketinggian 25 hingga 50 meter iaitu kira-kira 80 hingga 164 kaki mengikut spesies.

Daunnya malar hijau manakala bunganya terhasil dalam gugµsan tiga hingga tiga puluh di dahan besar dan juga batang.

Durian boleh berbunga dan berbuah hingga dua kali setahun, bergantung kepada spesies, kultivar dan lokasi.

Pokok durian akan mula berbuah selepas mencecah usia empat hingga lima tahun. Buahnya boleh tergantµng dari sebarang cabang, dan akan masak kira-kira tiga bulan selepas pendebungaan.

Saiz buah durian boleh mencapai 30 cm panjang, 15 cm garis pusat dan seberat satu hingga tiga kilogram bagi sebiji.

Justeru itu, ladang durian sebagai kawasan berb4haya pada musim durian. Sebiji durian jika jatµh di atas kepala seseorang mampu menyebabkan keceder4an par4h yang membawa maµt.

POKOK DURIAN BERSAIZ GERG4SI DI TAIPING, PERAK.

Perkongsian daripada pemilik akaun laman sosial FB dikenali sebagai Landenva Ulan menarik perhatian warganet.

Pokok durian miliknya bersaiz gergasi tumbuh di Taiping, Perak ini.

Menariknya, kata pemilik di antara pokok durian yang mempunyai usia yang sama, pokok berkenaan dikatakan paling besar.

“Pokok ini saja yg membesar macam ni. Pokok lain yang lebih kurang usianya kecil sahaja, macam pokok yang lain,”tulisnya.

Pemilik pokok berkenaan turut memaklumkan pokok tersebut tumbuh di atas tanah jenis gambut.

Berkongsi gambar beberapa ulas durian tersebut, ternyata ia sangat elok. Isinya berwarna kuning, dikatakan lemak dan berkrim.

Walau pun durian daripada pokok berkenaan mempunyai kualiti terbaik bagi kategori durian kampung, pemilik tidak menjualnya di pasaran terbuka sebaliknya menerusi tempahan.

“Kami tidak jual di luar. Orang yang booking pun ramai tidak dapat lagi. Permintaan melebihi penawaran.

“Harga di Taiping dalam RM15 sekilogram. Kami jual RM12 sekilogram. Menjual sambil bersedekah,” tulisnya.

Rata-rata warga maya kagµm dengan pokok berkenaan yang berusia lebih 60 tahun dan rendang.

Malah isinya yang kelihatan menyelerakan membuatkan ramai tertarik untuk membeli.

“Comel pokok durian dia macam bentuk pokok b0nsai.”

“Cantik pokoknya. First time tengok pokok durian macam ni. Pasti isinya sedap.”

“Rare pokoknya.”

“Ini pokok rare, boleh letak di muzium.”

Sumber FB Landenva Ulan

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih..