Mak Jodohkn Aku Dgn Sorang Lelaki Lembut, Aku Redha Tapi Malam Pertama Selepas Kahwin, Dia Buat Sesuatu Yg Diluar Jangka. Aku Rasa Tak Tau Nak Sorok Mana Muka Aku. Malu Betul Aku Rasa
Assalamualaikum dan selamat malam kpd admin yg dikasihi dan rakan-rakan sekalian.Aku doakan korang semua terutama admin sentiasa sihat hendaknya dan berbahagia selalu.Cukuplah aku kenalkan diri aku sebagai Azie.
Malam ni aku ingin berkongsi cerita tentang pengalaman bersuamikan seorang lelaki lembut.Jgn risau,suami dah beri kebenaran utk aku menulis tentang kami di sini. Harap tak timbul isu. Ya, suami aku memang lembut. Lembut yg bukan sikit sikit punya lembut tau.Lembut yg sangat kewanitaan.
Jika ingin dibandingkan dgn aku. Aku rasa, dia lagi lembut daripada aku. Kami dijodohkan oleh keluarga. Mungkin mak aku dah pening sebab umur aku dah cecah 30 tapi takde sape masuk meminang.Mungkinn kerana tu dia berpakat dgn kawan dia nak jod0hkan aku dgn anak kawan dia. Mula mula tengok gambar, aku dah rasa lain macam. Mukanya agak jambu. Putih bersih. Kening terbentuk. Bibir kemerahan. Aku pulak dgn muka kusam tak reti bersolek.
Malu jugak aku.Tapi akhirnya dgn kesungguhan kedua dua keluarga, kami dijodohkan. Malam selepas nikah,baru aku nampak yg laki aku bukan calang2 lembut orgnya. Gaya jalannya. Fesyennya. Memang ke arah sifat feminin.Aku terpaksa redho dgn itu. Aku pujuk diri aku yg luaran mungkin tak sama dgn dlman. Bat1nnya mungkin ‘lelaki’. Tapi, sangkaan aku meleset bila dia ajak aku berbincang dlm bilik di ‘malam pert4ma’ kami.
Dia katakan beri dia masa utk ‘bersama’ sebab kami belum berkenalan.Kalau boleh itu menjadi rahsia antara kami berdua. Aku yg mendengar cuma mengangguk setuju. Lagipun aku pun segan juga. Sebab Dialah lelaki bukan mahram yg pertama yg pernah berdua duaan dgn aku dlm bilik.
Aku katakan yg dia boleh saja nak tarik diri dan cer4ikan aku bila bila masa kalau rasakan aku ni beban pada dia. Tapi dia kata yg dia takkan cer4ikan aku melainkan aku yg minta. Di situ aku dah rasa sedih. Sebab aku tak pernah bercinta. Last2 kawin dgn lelaki lembut yg bukan ‘jantan’.Tapi bila aku fikir semua tu Allah yg atur, aku istighfar banyak kali.. Lagipun siapalah aku nak minta lebih lebih. Tak kawin kang, orang sekeliling tak berenti tanya bila nak kawin. Pasrah.
Malam tu kami tidur di bilik yg sama. Tapi bila dia dah tidur, aku pindah ke bawah. Atas lantai berkarpet sebab aku takut tersentuh dia dan takut dia akan m4rah.Sebelum tidur, aku menangis mengenangkan nasib aku nanti. Macamana agaknya hidup aku sebagai isteri yg tidak pernah ‘disentuh’?Malam tu sebab letih menangis aku nyenyak tertidur. Tiba tiba aku terjaga sebab merasa badanku seperti melayang-layang.
Aku terkejut.Bila aku buka mata..Suamiku, si lembut itu mengangkat aku naik ke katil! Ya Allah.. kuatnya dia. Berat aku 50kg kot masa tu..Tiba tiba rasa sedih malam tadi sedikit sebanyak hilang. Masa tulah aku yakin dia sebenarnya ‘jantan’ berpewatakan lembut!
“Jangan tidur bawah lagi. Abang yg akan tidur bawah kalau sayg rasa tak selesa”.Mak aiii! Baru satu malam kahwin, dia dah panggil aku syg. Dan dia pun bahasakan diri dia ‘abang’! Lagi la perasaan aku macam dibuai-buai. Terasa ada yg syg.Esoknya aku jadi ceria kembali. Aku lupakan soal ‘kejantanan’ suami aku. Aku redho. Aku doa supaya cepat hubungan kami menjadi normal.
Selepas berkahwin, aku berpindah ke rumahnya. Apartment sederhana besar yg bagi aku cukup selesa. Cara dia menghias rumah juga menunjukkan betapa ‘kewanitaannya’ dirinya.Minggu pertama sebagai isteri, aku jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Aku berhenti bekerja memandangkan gajinya sudah cukup menyara kami. So, akulah tukang masak dan tukang cuci dirumah itu.
Waktu tidur? Kami akan tidur bersama. Di katil yg sama. Tapi cuma sekadar tidur. Ada masanya dia ‘terpelvk’ badan aku secara tak sengaja disebabkan badan aku kecil. Mungkin dia ingatkan aku bantal pelvk kot.Bila macam tu, aku akan buat buat tidur walaupun sebenarnya dah susah utk aku tidur. Rasa berdebar saja. Macam tu rupanya bila kena pelvk suami. Bahagia betul rasanya walaupun tanpa sengaja.Bila dia tersedar, dia akan leraikan pelvkan dan berpaling ke belakang. Sedih pulak aku.
Bila dia pergi kerja, aku dah mula pandai mesej dia kat mana. Dan dia pun dah pandai hantar report. Meeting. Jumpa kawan. Lepas tu tanya nak beli apa..Nak masak apa..Aku jadi positif yg hubungan kami sememangnya ok saja. Walaupun belum tahap ‘suami isteri sebenar’.
Dia pernah ajak aku keluar makan. Bila dia tengok gaya aku, dia suruh aku keluarkan barang mekap yg aku ada. Aku kata yg aku cuma ada lipstik, celak dan bedak compact saja.Lepas tu, dia bukak almari dia. Dia keluarkan beg mekap dia. Lengkap! Macam mekap artist pun ada.
Dia kata memang dulu dia pernah berjinak-jinak dlm dunia mekap. Dia kata aku boleh saja nak pakai bila bila masa. Masalahnya sekarang aku yg tak reti nak mekap.Last2 dia yg mekapkan aku. Memang berubah terus muka aku. Dia kata aku sebenarnya cantik. Cuma nak kena touch up sikit saja. Kembang jugak la aku kena puji suami sendiri. Hehe.
Masa keluar dgn dia aku cuma mengikut saja. Aku pun tak tau nak beli apa. Dia suruh aku pegang lengan dia. Terharu jugak la aku bila dia terserempak dgn kawan kawan dia dan katakan aku isteri dia. Nampak jugak dia bangga sebab dah kawin.Dlm bulan pertama berkahwin kami langgan netf1ix sebab dia tak nak aku bosan duduk rumah. Maka bermulalah 0bses aku pada drama dan m0vie K0rea.
Setiap kali dia balik kerja, dia akan bertanya tentang drama yg aku layan. Di sinilah bestnya ada suami lembut. Boleh jadi kawan.Aku akan ceritakan dari a hingga z kalau cerita tu best. Dia pulak akan setia mendengar. Macam kawan-kawan perempuan kau bila dengar cerita K0rea tu! Hah.. macam tulah!
Dia kata dia suka sangat dgn Lee seung-gi. Pelakon lelaki K0rea yg bagi aku takdelah hensem mana. Haha.. Bila aku tanya pelakon perempuan K0rea mana dia minat. Dia kata tak minat perempuan. Huhu.. terasa aku.Sampailah satu hari tu, hujung minggu. Dia ajak aku tengok cerita H0llyw0od kat netf1ix. Awal awal tengok ok lagi. Sampailah ada scene hubungan suami isteri. Aku ambil remote nak forward saja. Tapi dia biarkan. Memang awkward sangatlah jadinya.
Aku buat-buat masuk dapur nak minum. Siap buatkan dia air milo panas lagi. Bila aku keluar bawak air. Dia boleh tanya aku soalan yg aku sendiri pun tak tahu nak jawab.Takkan perigi nak cari timba.
“Bila kita nak buat macam tu?”
Rasa macam nak terlepas air yg aku bawak. Mujur aku boleh kawal lagi. ‘macam tu’ yg dia maksudkan dah tentulah ‘adegan’ yg tadi tu.Masa dia tanya tu, aku dah rasa panas saja muka aku! Merah kot. Aku nak jawab apa. Aku pun angkat bahu jelah. Tapi bila dia asyik pandang saja muka aku..aku pun cakaplah
“Kalau abang rasa tak selesa, takpe.. kite macam ni jelah. Sampai abang selesa”
Walaupun jauh di sudut hati aku. Aku memang nak dia jadi ‘lelaki’. Tapi aku dah ‘sygkan’ hubungan kami yg sebegitu.Tiba-tiba entah macam mana..macam dah ker4sukan pun ada,suamiku bersuara..
“Kite try malam ni!”
Hah?? Aku rasa tak tau nak sorok mana muka aku. Malu betul aku rasa. Terus terang betul mamat lembut ni! Kalau ye pun, berkias kias la sikit.Korang kalua nak tahu,salah satu kelebihan orang lembut ni, dia kurang rasa malu. Atau boleh dikata takde malu. Dia akan luah ikut suka dia. Terlalu berterus terang. Kalau dia tak suka sesuatu pun dia akan bagitau direct!
Dipendekkan cerita, (yelah.. kang cerita panjang panjang, dah jadi x-rated pulak cerita aku. Haha)Kami pun berjaya menjadi suami isteri malam tu. Haha.Aku bersyukur sangat apabila suami aku si lembut dah jadi ‘lelaki’. Dia pun nampak happy..Pada masa tu juga dia buka rahsia dia yg paling besar.
Dia pernah berkahwin!Aku yg dengar rasa macam tak percaya. Dia kata isterinya dulu minta cer4i sebab dlm 3 minggu selepas nikah tak ‘disentuh’ oleh dia. Bekas isteri minta dicer4ikan. Dia turutkan.
“Mujur sekarang ni abang dapat isteri sabar macam syg. Kalau boleh abang nak anak ramai”
“Kalau saya mandul? Tak mampu bagi abang anak, abang kawin lain ke?”Aku tanya dlm nada gurau. Tapi dia jawab dgn lembut agak tegas.
“Tak cuba tak tahu!”
Masa tu aku pelvk dia kuat sambil nangis. Aku pun dah hilang malu. Bercampur baur perasaan aku. Nangis sebab happy sebab dah sempurna menjadi ‘isteri’. Nangis sebab sedih. Takut kalau kalau tak dapat bagi anak pada dia.Member aku ada cakap yg orang lembut ni memang sukakan anak. Sebab tu ramai orang orang lembut ambil anak angkat.
Selepas malam tu, aku nampak perlahan lahan dia berubah menjadi lebih kelelakian. Dia mula belajar bertukang. Warna warna bajunya lebih gelap. Dia tidak lagi memakai baju v-neck. Keningnya juga mula lebat. Gaya berjalan juga nampak lebih mengengk4ng.
Alhamdulillah.. termakbul doa doa aku. Siapa kata lelaki lembut tak boleh berubah? Mungkin nampak macam men1pu diri dan hipokr1t. Tapi itu semua pilihan. Suami aku memilih utk mengikut fitrah asalnya. Bukan naluri kewanitaannya.Sebenarnya sekarang ni suami aku tengah masak dan mengemas kat dapur sebab aku langsung tak boleh bau dapur. Alahan yg melampau. Awal Januari Tahun depan due date anak kami.. hehe..
Terima kasih krn membaca luahan seorang wanita yg tengah bosan melayan pkp. Muntah dari pagi hingga ke malam. Mujur ada IIUM Confession. Huhu.. – Azie (Bukan nama sebenar)
K0men warganet
Watie: Rasa macam baca cerpen pulak. Cara penceritaan pun best. Kalau tulis novel pun mesti laku. Confessor memang sangat berbakat dlm penulisan, bahasa yg digunakan pun mudah dan menarik. Dah lah kisahnya pun menarik. Kalau disambung pun akak akan tunggu dan baca setiap episod.
Farhana: Best gile baca confession nie. Senyum sorang2 byk kali kot. Pastu keluar air mata touching. Ye, memang lelaki lembut nie perwatakan je lembut. Naluri normal. Dorang kebanyakannya lebih sensitif terhadap keperluan wanita, lebih caring, lebih memahami & penyayg. Thoughtful pon iye. Selalu ingat special occasion. Bertuahnya sis dpt hadiah terindah drpd Allah. Saya doakan sis bahagia& dimurahkan rezki.
Mila: Cerita mcm ni laa saya suka ,positif .Suami saya pun awalnya seorang yg lembut,dah masuk 6tahun tempoh perkahwinan dia dah lebih kearah kejantanan gitu tapi happy laa sebab diorg faham kita,hargai kita sebagai isteri ,rajin tolong kita kat rumah,urus anak2, penyayg,saya pun bakal lahirkan anak ketiga hujung tahun nih.
Tak rugi pilih suami lelaki lembut sebab perwatakan je lembut,naluri masih normal saygkan wanita .semoga bahagia bersama suami tercinta hingga syurga Sis.
Anna: Halamak sis…bikin saya senyum sorang2 la…comel je..semoga bahagia sampai jannah sis..make my day sis…huntung ada tukang makeup..i rasa semua perempuan ada sedikit jeles sis dapat suami pandai makeup… I doakan rumah tangga sis dijauhkan dari golongan penyondol..amin..
Razif: Kat kampung aku dulu pun ada macam ni. Memang lembut, kalau duduk tu bersimpuh macam perempuan. Anak tak ramai, 6@7 orang kot. Suka memasak, petang2 pulak suka menyembang dgn makcik2. Baguih orangnya walaupun lembut dan tak kisah orang panggil p0ndan pun.
Pakaian kegemaran, kain pelikat, baju melayu dan kopiah atas kepala. Lembut jaa tapi alhamdulillah, anak2 berjaya dan yg lelaki pulak takda yg lembut macam arwah ayahnya. Al-fatihah kepada arwah.
Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!Selamat malam semua.Sayang korang semua!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!