Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Lelaki Ugut Bvnuh Anak Selepas Terkejut Disergah Isteri ketika Menodai 2 Org Anak Gadisnya Dalam Bilik

Melaka: Bapa iblis. Itu gelaran layak diberikan kepada seorang lelaki kerana tergamak menjadikan anak perempuannya berusia 19 dan 15 tahun sebagai hamba s3ks seawal usia mereka 12 tahun lagi dengan mendakwa dirinya mempunyai 'saka'.

Perbuatan jijik suspek berusia 50-an itu hanya terbongkar pada 5 September lalu apabila disaksikan sendiri oleh isterinya ketika pergi ke bilik tidur anak keduanya dari tiga beradik di tingkat atas rumah mereka di Melaka Tengah, dekat sini.

Suspek yang terkejut disergah isterinya kemudian bertindak mengambil pisau serta mengugut untuk membvnuh wanita terbabit, anak kedua dan bongsu berusia sembilan tahun serta mencabut nyawanya sendiri jika kejadian itu dilaporkan kepada polis.

Suri rumah itu kemudian menyelinap keluar bersama dua anaknya sebelum pergi ke rumah isteri pertama suspek ketika suaminya yang juga penyelia syarikat pemegang pelaburan membuat kerja di komputer pada keesokan harinya.

Wanita terbabit menghubungi anak sulungnya pada jam 1 tengah hari dan memintanya pulang ke rumah ibu tirinya itu dan selepas menceritakan kejadian, dia bersama dua anaknya pergi ke rumah saudara di Selangor pada 7 September lalu.

Menurut sumber, satu laporan dibuat di Balai Aeropolis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur oleh ibu mangsa pada 8 September lalu.

Katanya, siasatan mendapati lelaki itu dipercayai mer0gol anak keduanya sejak 2019 dengan kejadian terakhir berlaku pada 5 September lalu manakala anak sulungnya yang kini belajar di sebuah kolej di Selangor diperk0sa dari 2015 sehingga 2019.

Sumber berkata, sepanjang tempoh berkenaan, kedua-dua mangsa hanya mendiamkan diri kerana bimbang ibu akan diceraikan oleh suspek dan mereka hilang tempat bergantung.

"Siasatan mendapati remaja berusia 15 tahun itu dir0gol lima hingga lapan kali setiap bulan sejak 2019 dan sering diugut oleh suspek untuk tidak mengaku mangsa sebagai anak selain akan merotan dan mengurungnya di rumah jika hal itu diceritakan kepada si ibu.

"Mangsa hanya mendiamkan diri sehinggalah pada November 2021, dia menceritakan kejadian apabila ditanya kakaknya sama ada pernah melakukan hubungan s3ks dengan bapa mereka.

"Masing-masing menceritakan mereka pernah melakukan s3ks secara paksa bersama suspek," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurut sumber, kakak mangsa pula memberitahu dia dipaksa melayan nafsu s3ks bapa kandungnya sejak berusia 12 hingga 16 tahun dan sepanjang kejadian, suspek mengugut akan menceraikan, membvnuh atau mencederakan ibu mangsa jika hal itu diberitahu kepada orang lain.

"Susulan laporan dibuat ibu mangsa, suspek ditahan pada 9 September lalu dan direman selama 14 hari bermula 10 hingga 23 September ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan kejadian, namun tidak mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.

hmetro.com