Khabar duka, Ustaz Sayuthi meninggal dunia kemalangan dalam perjalanan ke sekolah
Padang Terap: Guru lelaki meninggal dunia di hospital selepas Perodua Bezza dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 31 Jalan Kuala Nerang – Kampung Sungai Kap, di sini, semalam.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Mangsa berusia 35 tahun itu meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.
Mulkiaman berkata, pemandu Perodua Bezza itu disahkan meninggal dunia selepas pihaknya menerima panggilan dari HSB pada jam 11.35 pagi semalam.
Beliau berkata, pemandu kereta Nissan Almera pula mengalami pendarahan dalam perut dan sedang dirawat di HSB, manakala penumpang wanita berusia 19 tahun dirawat di Hospital Kuala Nerang (HKN) akibat kecederaan di kaki.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un..
Terkejut mendengar perkhabaran duka pemergian salah seorang sahabat yang rapat dengan saya ketika sama-sama belajar di Maktab Mahmud Alor Setar dan Kolej Universiti Insaniah dulu.
Buat yang mengenali beliau, Ustaz Muhammad Sayuthi telah kembali ke Rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi. Arwah tidak sedarkan diri kerana mengalami kecederaan teruk di kaki dan kepala sebelum meninggal dunia tengahari tadi seperti yang dimaklumkan isteri arwah.
Jenazah akan dikebumikan di alamat mertua arwah di Felcra Belimbing Tualak, Kuala Nerang. Pukul berapa masih tidak dapat dipastikan lagi kerana jenazah arwah sekarang dilaporkan masih berada di unit forensik Hospital Sultanah Bahiyah menunggu laporan covid test sebelum post mortem dilakukan pagi esok.
Saya bersaksi, sepanjang berkawan dengan Yut, arwah seorang sahabat yang sangat baik. Semoga syurga buatmu sahabat.
Al-Fatihah..
Gambar- Gambar Kemalangan :
Sumber HM dan Facebook