Husnul Khatimah Bekas Ketua Cawangan Pas men1nggal Dunia Ketika Tunai Solat Maghrib
Husnul Khatimah Bekas Ketua Cawangan Pas men1nggal Dunia Ketika Tunai Solat Maghrib
KUALA KRAI – Bekas Ketua Cawangan Pas Kampung Kenor men1nggal dunia ketika menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di Masjid Mukim Kenor, di sini, pada Khamis.
Mohd Radzi Ibrahim, 63, secara tiba-tiba rebah ketika rakaat pertama solat di masjid itu pada jam 7.20 malam.
Imam Tua Masjid Mukim Kenor Ahmad Fadhil Zamani berkata, ketika hendak rukuk, beliau yang sedang mengimamkan solat Maghrib itu tiba-tiba terdengar bunyi kuat seperti objek jatuh.
Katanya, berdasarkan pemerhatian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Mohd Radzi tidak sempat rukuk tetapi terlebih dahulu rebah dalam keadaan bersujud sebaris dengan jemaah lain yang sedang solat.
“Seorang jemaah berhenti daripada solat dan segera membantu membaringkan Mohd Radzi yang sudah tidak sedarkan diri.
“Saya menghubungi talian kecemasan 999 dan pegawai perubatan yang tiba memeriksa Mohd Radzi mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.
Menurut Ahmad Fadhil, mangsa mempunyai sejarah penyak1t jantung.
Dalam pada itu, katanya, arwah seorang yang sangat pemurah dan sentiasa berebut membayar harga makanan dan minuman sahabat-sahabatnya semasa di kedai makan.
“Arwah memang solat berjemaah lima waktu di masjid dan setiap hari mengamalkan membaca 40 kali surah al-Ikhlas selain seorang yang sangat berpegang teguh pada janji.
“Kita tidak tahu amalan rahsia arwah hingga membawa kepada kemat1annya secara husnul khatimah (mat1 dalam keadaan beribadat dan pada malam Jumaat),” katanya.
Menurutnya, jen4zah lelaki itu dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Tengah Kuala Krai selepas solat Jumaat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Terima Kasih
Sumber: sinarharian