Hati Ibu Luluh Anak Diseret Depan Mata, Keluarga Belum Terima Sebarang Tebusan
Hati Ibu Luluh Anak Diseret Depan Mata, Keluarga Belum Terima Sebarang Tebusan
Hati Ibu Luluh Anak Diseret Depan Mata, Keluarga Belum Terima Sebarang Tebusan
Hati ibu luluh anak diseret depan mata, keluarga belum terima sebarang tebusan. Sejak semalam tular videorakaman ala mafia tindakan sekumpulan lima lelaki yang mengacukan pistol dan pisau rambo sebelum melarikan seorang agen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim.
Ternyata, tindakan gangster ini menarik perhatian ramai kerana peristiwa sebegini tidak pernah terjadi ditambah tidak diketahui motif penculikan dilakukan kerana keluarga belum menerima sebarang tebusan hingga saat ini (berita ditulis).
Dalam pada itu, insiden menakutkan yang berlaku di depan mata ibunya, Zahasnah Mohd Zain memberikan trauma dan kerisauan akan nasib anaknya yang tidak diketahui.
Memetik Harian Metro, jelas hatinya luluh selepas melihat anak diseret di depan mata. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ini mengenangkan nasib anak yang sehingga kini tidak diketahui.”
Demikian luahan Zahasnah Mohd Zain, 75, iaitu ibu kepada ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang dipercayai dilarikan beberapa lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini petang semalam.
Zahasnah berkata, sehingga kini mereka sekeluarga masih masih trauma dengan apa yang berlaku dan terngiang-ngiang lagi suara anaknya yang meminta tolong ketika diheret sekumpulan lelaki itu.
“Makcik tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya kerana sehingga kini kami sekeluarga tidak menerima sebarang panggilan sama ada mahu meminta wang tebusan ke apa. Makcik sekarang terlalu sedih mengenangkan nasib anak yang sehingga kini tidak mendapat sebarang khabar berita.
“Makcik hanya mampu berdoa supaya Rosnazirah ditemui selamat dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, hari ini.
Menceritakan kejadian yang berlaku jam 5.10 petang semalam, Zahasnah berkata, dia baru selesai solat Asar sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang bertanyakan anaknya.
“Suami terus memanggil anak yang ketika itu berada di dapur dan secara tiba-tiba Rosnazirah diheret tanpa sempat memakai selipar atau tudung.
“Pakcik (suami) sempat bergelut beberapa minit walaupun lelaki itu mengeluarkan pisau, namun pakcik terpaksa mengalah sebaik lelaki itu mengeluarkan pistol sambil mengeluarkan kata-kata ugutan.
“Ketika itu ramai yang menyaksikan kejadian itu termasuk anak Rosnazirah yang menangis meminta pertolongan, namun tiada siapa yang berani mengenangkan lelaki itu mempunyai pistol.
“Ketika kejadian, terdapat lima lelaki semuanya iaitu seorang menunggang motosikal manakala empat lagi menaiki kereta.
“Sebelum kejadian saya perasan sebuah motosikal lalu lalang di kawasan rumah, mungkin dia datang memantau,” katanya.
Sementara itu, adik mangsa, Mohd Syarafi, 26, berharap kakaknya ditemui selamat dan menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.
Katanya, kakaknya bekerja sebagai ejen produk kosmetik sejak tiga tahun lalu dan dia serta keluarga tidak pernah dimaklumkan sama ada kakak ada berhutang atau sebaliknya.
“Kami sekeluarga akan mengadakan solat hajat dan besar harapan kami kakak dibebaskan dan pulang dengan selamat,” katanya.
Dalam kejadian petang semalam, Rosnazirah dikatakan dilarikan sekumpulan lelaki dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam tadi.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Mingguan Wanita
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih