Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Harap tiada lagi sk@ndal lain..”- Baru Je Berkahwin, Sekali Bekas Isteri Pakar Saham DDNK Bongkar Perkara Ini

“Harap tiada lagi sk@ndal lain..”- Baru Je Berkahwin, Sekali Bekas Isteri Pakar Saham DDNK Bongkar Perkara Ini

Heboh di media sosial mengenai perkahwinan seorang pakar pelaburan saham yang dikatakan terkenal dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa, Janji Kaya’. Laporan media, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 47, telah menamatkan zaman dudanya Jumaat lalu dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari. Menurut Mohd Nazri Khan berkata, dia terdahulu tidak disukai oleh wanita itu yang merupakan pelajarnya.

Bekas isteri ucapkan tahniah kepada pakar saham kahwini pelajarnya yang manja Pada 5 September lalu, bekas isterinya, Atielia De Sams, tampil mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya dan sedikit sebanyak ‘menjelaskan’ mengenai apa yang berlaku. “Selamat pengantin baru buat bekas suami ku yang telah hidup (bersama) selama 20 tahun dan kenal 22 tahun. Tiada keserasian pada waktu di puncak kesenangan kan abang? Waktu susah dulu, senang sama-sama.

“Saya mendoakan perkahwinan yang telah berlangsung di Thailand berkekalan sampai akhir hayat. Harap tiada lagi drama-drama skandal lain dalam perkahwinan baru ini. Amiin,” katanya. Menurut Atielia, ucapan tahniah itu terpaksa dimuat naik di Facebooknya kerana hasrat untuk menyampaikan ucapan itu di Facebook bekas suaminya tidak kesampaian kerana dia telah disekat dari berbuat demikian.

alam pada itu, Atielia turut berpesan kepada bekas suami untuk menyelesaikan segala tuntutannya tanpa menimbulkan masalah. “Saya letak (ucapan) kat Facebook sayalah sebab nak wish kat Facebook bekas suami dah kena block. Tak apalah. Hidup ini jangan banyak berpusing-pusing, takut nanti terjerat diri sendiri. “Jadilah diri sendiri itu lebih baik. Banyak yang saya simpan, tapi semoga Allah sahaja yang akan membalas semuanya. Ye, semuanya.

“Selesaikan tuntutan saya dan jangan triggered saya benda yang tak perlu saya jelaskan panjang lebar. Hidup simple, jangan kacau saya je. “Buat statement biar betul. Itu je, mentang-mentang saya tak ada stage tak perlu buat kenyataan macam saya ni tak ada informer. Terima kasih,”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!


Sumber : Harian Metro / Facebook Atielia De Sams via The Reporter