Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Dua Hari Tak Keluar Rumah, Anak Temui M4yat Bapa ‘Sudah Berulat’

Dua Hari Tak Keluar Rumah, Anak Temui M4yat Bapa ‘Sudah Berulat’

Seorang anak terkejut apabila menemui mayat bapanya dalam keadaan ‘sudah berulat’ selepas pulang ke rumahnya di sebuah perumahan di Jinjang Utara, Kuala Lumpur hari ini, lapor Kosmo!.

Mangsa yang berusia 77 tahun itu ditemui oleh anak perempuannya sebelum satu laporan dibuat kepada pihak polis sekitar jam 2.09 pagi, kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

Jelas Eng Lai, menurut wanita itu, difahamkan mangsa sudah dua hari tidak keluar dari rumah berdasarkan maklumat yang diterima dari jiran menerusi panggilan.

“Siasatan mendapati, si mati berada di bilik utama dan terlentang di tepi katil dikelilingi longgokan sampah.

“Pihak bomba dipanggil untuk mengeluarkan mayat kerana sudah terperosok di bawah antara katil dan almari kabinet,” maklumnya menerusi Kosmohari ini.

Bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Tambahan lagi, mangsa dipercayai telah meninggal dunia melebihi waktu sehari ekoran keadaan mayat yang sudah busuk dan berulat, lapor Kosmo! lagi.

“Pasukan Forensik Polis Kuala Lumpur juga hadir dan mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah ditemui.

“Mayat m4ngsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kem4tian,” maklum Eng Lai menerusi Kosmo.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Terima Kasih

Sumber:siakapkeli