5.45 am. Saat bapa ke masjid utk subuh, ibu ‘tempah tiket’ ke neraka. Aku terkedu. Ibu dah 55, masih mngejar nfsu
5.45 am. Saat bapa ke masjid utk subuh, ibu ‘tempah tiket’ ke neraka. Aku terkedu. Ibu dah 55, masih mngejar nfsu
Foto sekadar hiasan
Ibuku Curang Di Usia 60-an
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku warga kota yang pulang ke desa diberi cuti tanpa gaji untuk merawat penyakit aku.
Aku mempunyai seorang adik lelaki bernama Kimi (berusia 19 tahun) dan seorang adik perempuan bernama Shasha (berusia 11 tahun).
Orang luar mengagumi keluarga kami yang sentiasa bahagia. Ada yang mengagumi dan menginginkan seperti keluarga kami yang sakinah, mawaddah warrahmah katanya.
Bapaku seorang petani yang selalu ke masjid (digelar warak), manakala ibuku seorang surirumah yang rajin dan tampak taat sekali. Ibuku memang “supermom” yang dikagumi.
Dia bukan sahaja menguruskan rumah (basuh baju, pandai masak, kemas rumah, urus persekolahan adik, dll) dan pandai melayan bapaku umpama raja.
Malah merupakan anak dan menantu yang penyayang kerana bijak serta sabar mengurus nenek sebelah bapa (Nek Mah) dan nenek sebelah ibu (Nek Ros) yang tinggal bersama kami.
Nek Mah terlantar sakit akibat strok sejak 10 tahun lalu. Manakala Nek Ros pula masih boleh berjalan, cuma nyanyuk.
Sesiapa yang menguruskan mereka pasti perlu memiliki kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Begitulah hebatnya ibuku.
Bapaku pula memang dikagumi kerana bijak memberi pendapat dan mudah memberi pertolongan saat diperlukan saudara mara dan orang orang kampung. Mereka amat menghormati bapa aku.
Sejak kecil, keluarga kami sangat bahagia dan kami dibesarkan dengan didikan agama dan mementingkan pendidikan untuk masa hadapan.
Namun, segalanya berubah sejak kami meningkat dewasa dan segalanya terbongkar saat aku pulang ke kampung untuk kembali tinggal bersama mereka.
Aku melihat bapaku runsing memikirkan Kimi yang masih berdrah muda. Dia gemar keluar malam. Solatnya tidak terjaga dan pergaulannya tanpa batas dengan teman wanitanya.
Sudah banyak kali dinasihatkan tetapi Kimi tetap dengan cara hidupnya yang mementingkan keduniaan dan kawan kawannya berbanding keluarga sendiri.
Dia tak lekat di rumah, pulang sesudah azan Subuh dan keluar ke tempat kerja jam 10 pagi saban hari.
Itu pun, ibuku yang selalu mengejutkannya yang liat bangun pagi. Bapaku risau andai Kimi merosakkan anak dara orang.
Namun, tindak tanduknya tidak mampu lagi dikawal. Dia tetap degil.
Shasha pula yang baru darjah 5 tetapi asyik bermain telefon. Pada mulanya telefon diberi untuk kelas PDPR semasa PKP, namun telah disalah guna.
Bapaku terjumpa mesej mesej Shasha dengan lelaki yang berbaur mesra dan lvcah. Shasha juga seorang pemalas.
Malas belajar, malas solat, malas segalanya. Biliknya juga bersepah dan kotor dengan baju tak basuh dan tak dilipat bercampur semuanya.
Jika bukan ibuku yang menguruskan, memang terbiar sahaja. Apabila disuruh kemas, solat dan belajar, dia buat tak tahu.
Sedang satu demi satu ujian dengan sikap anak anak timbul, sedang bapaku cuba menyelesaikan segalanya sebaik mungkin, timbul ujian terbesar dalam hidup kami, di mana kesetiaan ibuku diuji.
Ya, kalian tak salah baca. Ibuku curang dengan bapaku.
Kadang kala, aku fikir yang kehadiranku punca segalanya. Keadaan kesihatan aku menyebabkan bapaku menyuruh ibu tidur bersebelahanku untuk menemaniku setiap malam.
Sesungguhnya, aku tidak selesa begitu. Bagiku, aku lebih suka ibu dan bapaku tidur di bilik mereka.
Sekiranya aku memerlukan mereka, aku boleh panggil atau menelefon mereka. Namun, bapaku berkeras untuk ibu menemaniku. Ibuku hanya menurut sahaja.
Setiap malam, ibuku akan tertidur pada jam 10 malam. Bapaku akan masuk tidur di biliknya.
Namun, setiap malam, saat aku boleh dikatakan terjaga setiap jam bermula 1 – 5 pagi, aku lihat ibuku asyik dengan telefonnya.
Bila ibu perasan aku terjaga, ibu akan pura pura tidur. Pernah aku cuba intai ibu, dan segala terbongkar.
Bagiku, ibuku seolah terkena kejutan budaya. Yelah, orang tua yang dibelikan telefon sejak usia 45 tahun dan kini usianya 55 tahun.
Bermula dengan aplikasi whatsapp, facebook, instagram lalu telegram.
Bagi aku, perkara biasa jika ibu dan bapaku gemar skroll facebook untuk melihat video video resepi masakan, ceramah agama, dll yang bermanfaat.
Namun, apa yang aku jumpa dalam telefon ibuku begitu mengejutkan aku.
Aku melihat ibu rancak berbual lvcah di telegram, saling berkongsi gambar dan emoji lvcah. Siap join group s3ks lvcah lagi. Bukan 1, tapi banyak.
Dan, jantungku umpama mahu terhenti saat aku melihat video lvcah ibuku mel4ncap sendiri di bilik air rumah kami yang dikongsi bersama lebih 10 kenalan di telegram. Aku rasa random s3x chat.
Pada mulanya aku berdiam diri. Aku asyik pujuk ibu untuk tidur dengan bapaku di bilik.
Namun, ibu lebih memilih untuk tidur denganku agar boleh menggunakan kesempatan yang ada melayan perbualan lvcah tersebut.
Aku juga pernah menegur ibu, dan ibu seakan marah marah kepadaku. Ibu juga mengugutku sekiranya aku memberitahu bapaku, pasti bapaku menceraikannya dan pasti adikku hidup terbiar kerana “broken family”.
Pada mulanya, aku termakan kata kata ibu. Aku kasihankan adikku.
Namun, disebabkan ibu tidak berubah dan masih ketagih p0rno, aku lantas membuka mulut kepada bapaku.
Aku meminta bapaku menyiasat sendiri dan menasihati ibu. Akhirnya, temberang ibuku diketahui bapa.
Cuma, bapaku ingat ibuku hanya berbual lvcah, bapaku tidak tahu yang ibuku turut berkongsi gambar dan video dirinya.
Aku pun tidak menceritakannya secara terperinci kerana bimbang bapaku bertambah kecewa. Terlihat riak kecewa di wajah bapaku, namun tidak sesekali dia mengamuk atau mencerraikan ibuku.
Bapaku hanya menyuruh aku membawa ibu pulang ke kota, ingin berjauhan buat seketika. Aku turutkan sahaja, kebetulan aku sudah makin sihat.
Keluarga lain pun tidak bertanya apa apa, kerana bapaku memberi alasan bahawa aku perlu kerja dan bapaku menyuruh ibu menemaniku di kota kerana merisaukan aku.
Hampir 2 minggu kami di kota, kulihat tiap hari ibu menelefon bapaku.
Dan akhirnya, bapaku menerima ibu untuk kembali ke kampung. Mungkin dah hilang kemarahan dan kekecewaannya.
Aku tak tahu apa yang berlaku antara mereka. Namun saat pulang ke rumah, segalanya baik baik sahaja seperti tiada apa yang berlaku.
Selepas itu, bapa berpesan kepadaku agar tidak mengungkit kisah tersebut hingga menyakiti hati ibu. Bapaku menyuruhku tutup cerita dan kami mulakan hidup baru.
Syukur. Allah masih menyatukan keluarga kami saat ujian getir melanda. Aku tak sekuat bapaku. Jika aku, pastinya sudah lama bercerrai.
Pastinya aku tak boleh memaafkan kecurangan pasanganku. Namun, mulianya hati bapaku. Dia menerima dan memperbaiki keluarga kecil kami dengan mendekatkan diri kepada Allah.
Bapaku akan menyeru kami untuk solat jemaah bersama, ajak ke majlis ilmu dan kulihat bapaku bertambah menghargai dan romantik terhadap ibuku.
Mungkin apa yang jadi ada hikmahnya untuk memperbaiki kesilapan lalu.
Sebenarnya aku pendekkan cerita. Bab telegram tu adalah kali ke 3 kecurangan terjadi.
Kali pertama dan kedua sekadar perbualan biasa di facebook. Saling tegur menegur, bertanya khabar dan bergurau senda.
Kata ibuku, sekadar mengisi kebosanan dan tak da niat apa apa.
Cuma, bagiku tetap salah kerana ibuku isteri orang dan kena jaga maruah dan batas pergaulan.
Kali pertama dan kedua itu berlaku selang setahun yang lalu. Pada waktu itu, bapaku sekadar menasihatkannya yang dia tersalah langkah.
Kali ketiga yang telegram ini yang paling teruk dan mengecewakan.
Bagiku, ibuku licik. Kelemahannya hingga terkantoi kesalahan kali pertama hingga ketiga ini membuatkannya lebih berwaspada dalam mengatur langkah.
Ya, dia buat hal lagi setelah 8 bulan berlalu. Cuma kali ini, dia lebih berjaga jaga hingga susah untuk menjejak bukti perbualan. Segalanya dipadam.
Dan kata laluan telefonnya juga tiada siapa yang ketahui. Susah untuk menyiasat pada kali ini.
Tapi, aku tahu dia buat hal lagi kerana saat aku terjaga dari tidur, aku mendengar suara dan melihat dia mel4ncap sambil telefon ditelinganya.
Jam 5.45 pagi. Senang cakap, dia sedang phone s3x saat bapaku ke masjid untuk solat subuh.
Sesungguhnya, aku malu. Malu nak tegur. Malu nak marah. Malu nak sebut. Malu. Marah. Sedih. Kecewa. Tak tergambar.
Rupa rupanya ibuku hanya berpura pura insaf di hadapan kami semua terutamanya dengan bapaku. Dia masih ketagih p0rno. Dan dia masih tidak menjaga maruahnya sebagai seorang isteri.
Pernah aku minta bapaku melayan nfsu ibuku agar dia tidak curang lagi dan bapaku berkata akan memperbaiki kesilapan sekiranya berpunca daripada dirinya.
Mungkin ibuku yang terlampau kuat nfsu s3ksnya hingga tidak puas dengan bapaku.
Rasa pelikkan dengan pernyataan ini? Aku malu nak tulis. Tapi, itulah yang aku fikirkan. Disebabkan tak puas, ibuku cari yang haram.
Namun, ada 1 punca lagi yang bermain di fikiranku. Mungkin, ibuku terlalu menjadi “supermom” yang taat pada suami, penyayang pada suami, anak anak, ibu dan ibu mentua. Sebenarnya dia letih, terlalu letih dan ingin dibelai dan dimanja.
Mungkin bapaku tak cukup membelai dan memanjakannya sebab dia layan bapaku macam raja.
Jadi, disebalik keikhlasan dan kesabaran ibuku, mungkin dia rasa terbeban tapi tak meluahkan lali diluahkan pada orang yang salah.
Entahlah. Aku pun tak dapat baca fikiran ibuku. Tapi, 2 punca itu yang aku rasakan.
Sekarang, kecurangan kali ke 4 oleh ibuku yang kini berusia 55 tahun ini sukar untuk aku ungkapkan pada bapaku kerana tiada bukti dan ibuku juga tidak menyedari yang aku melihat perlakuan tidak senonohnya.
Bagaimana cara terbaik untuk aku nak beritahu bapaku agar tidak remuk berkecai lagi hatinya? Dengan masalah anak anak, kini masalah isteri pula.
Di usia senja mencecah 60 tahun, dia menghadapnya sendiri saat orang lain begitu mengagumi keluarga kami. Malunya kalau ada orang tahu.
Kalau bercerrai pun malu, akan jadi buah mulut orang. Ibuku mengambil kesempatan seolah yakin bapaku tidak akan mencerraikannya kerana menjaga maruah keluarga.
Bukan penrceraian yang aku inginkan.
Cuma aku tak tahu macam mana lagi nak sedarkan ibuku. Kali ini aku lepaskann kerana sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Harap bapaku tahu sendiri nanti.
Aku masih dilema. Andai lebih teruk perlakuan ibuku, apa jalan terbaik yang harus aku lakukan?
Reaksi Warganet
Naa Zyra Yaacob –
Siapa seseorang yang sebenar bukanlah apa imejnya di masyarakat tapi bagaimana dia di rumah.
Never believe what we see. Boleh jadi orang yang dilihat macam tak terurus tapi dialah paling bahagia di rumah.
Cynthia Gurney –
Seorang yang saya kenal, umur dah 60, masih isteri orang. Bela anak ikan dan siap sewakan rumah untuk anak ikan duduk dan balik ke situ sekali sekala untuk bersama anak ikan.
Seorang bertudung labuh, anak anak tudung labuh, keluarga nampak alim.
Tapi tiada sapa sangka seorang yang bertitle dalam akademik buat sedemikian. Anak ikan muda 30 tahun dari dia ya.
Jadi ibu TT ni tak seteruk yang saya pernah jumpa tu tapi rasa jijik tu memang ya
Mashitah Mashie –
Bila pisah tempat tidur, ni la masalahnya. Tapi punca masalah tu Dari smartphone Tu jugak la.
Then bila dah tak tidur sekali, lagilah menambah masalah yang dah sedia ada.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kalian sekeluarga…
Tak mudah tapi pasti Ada jalan penyelesaiannya.
Firas –
Betul gamaknya apa yang awak jangkakan punca ibu awak jadi macam tu.
Teringat kisah kawan saya yang hampir umur 50 curang dengan suami dia. Sama, anak sulong dia dapat tahu tapi macam tu la juga tak berubah.
Yang sedih dia cikgu, skandal dengan ustaz sampai tahap check in. Bukanlah pengaruh media sosial pun. Itu la ujian barangkali.
Kawan saya kata sebab suami dia pernah skandal dulu. So lepas 8 tahun macam tu baru dia pula buat hal skandal macam ni.
Perempuan bukan mudah nak melupakan.1 tahap dia pun buat apa yang suami dia pernah buat kat dia cuma cara tu salah.
Kawan saya cakap diorang stil dalam ikatan perkahwinan tapi hati dah kosong. Cinta dah takde yang ada hanya tanggungjawab dan tak nak cerrai sebab anak anak dah besar. So masih brterusan skandal.
Sebab tu perempuan senang masuk syurga tapi senang juga masuk api neraka.
Moga kita dikuatkan iman, tak diuji macam ni sampai akhir hayat kita.
Sebenarnya bila kita tengok rumahtangga orang bahagia sebenarnya tak pun. Apa yang dipaparkan dekat media sosial tak sama pun realitinya.
Masing masing ada ujian dalam rumahtangga. Apa yang berlaku dekat sekeliling kita jadikan pengajaran.
Moga kita semua dikuatkan iman, tak kira lah lelaki atau perempuan…
Ahmad Rayyan –
Mak hang ni lebih kepada ketagih juga. Elok bakar je hp tu. Tak pon ko rosakkan je tanpa tinggal jejak. Pandai pandai la cover.
Lepas tu bawa la mak hang berubat jumpa doktor. Ketagihan ni penyakit jugak. Tak dirawat jadi barah. Isi rohani juga penting.
Tak makan saman jugak. Last cerrai jelah. Pandai pandai la dia lepas tu.
Nenek nenek hang yang sakit tu, suruh pak hang pulak jaga. Asal nya mental dan fizikal dia penat.
Cuma cara dia salah p layan jantan dekat media social. Asal suka suka, lama lama jadi ketagih
Sumber – Ruby (Bukan nama sebenar) via IIUMC