[VIDEO] Makcik cleaner Masjid Negara rancak berbual bahasa Jepun, siap ajar delegasi cakap Melayu… “Power la, sambil pegang mop je!”
[VIDEO] Makcik cleaner Masjid Negara rancak berbual bahasa Jepun, siap ajar delegasi cakap Melayu… “Power la, sambil pegang mop je!”
JIKA hanya melihat kepada gaya dan penampilan, wanita pekerja pembersihan ini kelihatan biasa.
Namun tatkala dia membuka mulut berbual mesra dengan beberapa delegasi dari Jepun, semuanya nampak luar biasa!
Kebolehan wanita itu bertutur dalam bahasa Jepun sambil diselang-selikan dengan bahasa Inggeris membuatkan ramai netizen tertanya-tanya tentang latar belakannya.
“Sudah makan… sudah tidur. You just add the word ‘sudah’ (Kamu hanya tambahkan perkataan ‘sudah’),” katanya.
“Malay is easy (bahasa Melayu itu mudah),” tambah wanita itu sebelum mereka mengakhiri perbualan dengan ‘tunduk hormat’ mengikut budaya Jepun.
Namun lokasi perbualan tersebut bukanlah di negara matahari terbit itu, sebaliknya dirakamkan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Hanafi Damanhuri, ia dirakamkan ketika dia membawa delegasi Jepun ke Masjid Negara yang menjadi tumpuan pelancong.
“Rancak makcik ni ajar orang Jepun belajar bahasa Melayu,” tulis Hanafi.
Delegasi Jepun tekun mendengar penerangannya.
Di ruangan komen, Hanafi memberitahu, wanita berkenaan yang memulakan perbualan dengan menegur delegasi itu.
“Dia yang tegur sembang bahasa Jepun. Kalau setakat belajar bahasa Jepun sikit-sikit belum tentu berani nak bercakap. Ini siap bertegur sapa tu kira A1 la,” katanya.
Dalam pertemuan singkat, lagaknya mengajar dengan cukup meyakinkan itu seperti pensyarah.
Delegasi Jepun dan wanita berkenaan memberikan ‘tunduk hormat’.
Setakat ini, video tersebut dikongsi 1,800 kali dan meraih lebih 2,000 tanda suka (like).
VIDEO;
Rata-rata netizen kagum dengan kelancaran pekerja pembersihan itu menguasai bahasa Jepun dan bahasa Inggeris, malah mengajar warga asing bertutur bahasa Melayu.
“Cayalah makcik! Jepun-Inggeris-bahasa Melayu semua dia onz!”
Macam ni cleaner kerja dengan syarikat Jepun gaji mau RM5,000.
NETIZEN
“Subhanallah hebatnya. Inggeris pun bukan calang-calang.”
“Power makcik ni,” demikian antara komen netizen.
Antara komen netizen yang kagum dengan pekerja pembersihan itu.
Latar belakang pekerja pembersihan tersebut turut menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen, sehingga ia tular di media sosial.
“Apakah? Pensyarah bahasa Jepun buat part time cleaner kat Masjid Negara.
“Siapa makcik ni, macam pensyarah confident dia. Power la sambil pegang mop je.
“Macam ni cleaner kerja dengan syarikat Jepun gaji mau RM5,000,” ujar netizen yang lain.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber :MSTAR via KeramatViral