Video Imam’ Lambung Bayi Dalam Masjid, Katanya Ritual Supaya Jadi Wali?
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan aksi seorang lelaki di dalam masjid yang membuatkan ramai netizen berasa pelik serta tertanya-tanya apakah yang sedang dilakukan olehnya.
Di dalam video tersebut, lelaki terbabit yang berada di dalam masjid sedang memegang bayi lalu dilambung-lambungkan dan jemaah lain hanya memerhati perbuatannya itu.
Difahamkan dari pengguna yang memuat naik video berkenaan di Facebook, dia berkata itu merupakan upacara agar bayi terbabit menjadi wali apabila sudah dewasa nanti.
Lelaki yang berpakaian lengkap mengenakan pakaian solat dan berkopiah terlihat melambung bayi tersebut untuk beberapa kali sambil berjalan mengelilingi masjid.
Bukan itu saja, dia turut membaca sesuatu ayat sebelum disahut ‘amin’ oleh jemaah-jemaah yang lain yang turut berada di situ.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan perbuataan lelaki berkenaan sememangnya menyimpang dari ajaran Islam dan ia seperti mendahulukan adat berbanding agama.
Dalam pada itu, netizen turut berpendapat dengan melambung bayi kecil seperti itu membahayakan kerana ia sepatunya dilakukan oleh doktor professional sahaja.
Video: