Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Saya Bukan Bekerja Untuk Dvit,” – Kembali Ke Radio, Shuib Anggap Peluang Rezeki Arw4h Isteri

“Saya Bukan Bekerja Untuk Dvit,” – Kembali Ke Radio, Shuib Anggap Peluang Rezeki Arw4h Isteri


‘Saya bukan bekerja untuk dvit tapi untuk keluarga’. Itulah reaksi yang diberikan oleh pelawak dan usahawan, Shuib saat diperkenalkan kepada media sebagai penyampai baru stesen radio Suria FM.

Shuib bakal bergandingan bersama Ajak dan Suraya menerusi segmen Team Pagi Suria yang kini diberikan penjenamaan baharu sebagai Morning Morning Suria.

Pada masa sama, Shuib turut menyifatkan tawaran tersebut sebagai sebuah lagi rezeki yang ditinggalkan oleh arw4h isterinya yang juga merupakan penyanyi, Allahy4rham4h Siti Sarah.

“Sampai saat ini, saya selalu fikirkan yang banyak sangat rezeki arw4h bagi kepada saya. Dalam perjalanan ke sini pun, saya bercakap seorang diri ‘Ibu banyak sangat yang you tinggalkan untuk I’.

“Saya anggap tawaran ini sebagai rezeki peningg4lan arw4h dan anak-anak. Sebab itulah semasa diberikan tawaran, saya sangat bersyukur kerana peroleh jumlah bay4ran yang sangat baik untuk saya dan keluarga.

“Saya sangat teruja kerana Suria FM sememangnya sangat berpotensi dan mungkin dengan kemasukkan saya, kita boleh mencapai ke tahap yang lebih baik,” katanya kepada MH.

Shuib berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengenalan penyampai radio baru Suria FM yang diadakan di Hotel Le Meridian, Putrajaya pada Sabtu.

“Saya berjumpa dengan Dj Lin untuk berbincang mengenai tawaran ini hanya sekali sahaja. Saya cakap dengan DJ Lin mengenai jumlahnya dan dia mahu panjangkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.

“Pada mulanya, saya anggap tawaran ini ini tidak menjadi sebab pihak Dj Lin pun diam agak lama. Nak dijadikan cerita, dua minggu lepas, saya dapat mesej daripada Dj Lin.

“Pada waktu itu, saya sendiri tak percaya pihak pengurusan bersetuju dengan permintaan saya. Dj Lin minta saya bersedia sebab benda ni dah muktamat,” ujarnya lagi.

Meskipun pada awalnya dia agak berat hati untuk menerima tawaran tersebut, namun, Shuib merasakan mungkin sudah tiba masanya untuk dia kembali sibuk.

“Saya terpaksa akui semangat untuk saya berkarya ini sebenarnya dah hil4ng. Ini bukan sebab mengada-ngada. Saya ni dah tolak macam-macam jenis tawaran bukan sahaja di radio tetapi juga di televisyen.

“Malah, Sepahtu Reunion pun saya belum ada rasa nak buat. Nak tak nak saya kena teruskan juga sebab dah berjanji. Saya anggap fasa ini sebagai ‘wake up call’.

“Pada masa sama, saya perasaan yang diri saya agak santai. Saya hanya fokus pada keluarga dan bisnes. Jadi, jadual saya banyak kosong sampai tak tahu nak buat apa,” kongsi lagi.

Ketika ditanya mengenai cabaran untuk mengubah rutin hariannya selepas ini, Shuib memaklumkan dia sebanarnya sudah terbiasa untuk memulakan harinya sejak awal pagi.

“Salah satu sebab saya setuju nak kembali ke radio kerana anak-anak pun dah sekolah. Sekarang ni, pukul 10 malam tu dah tidur. Anak-anak saya pula tak boleh tidur kalau bapanya tiada. Jadi memang sesuai sangat.

“Anak-anak bangun pukul 6 pagi dan bila dah masuk radio ini, pukul 5 pagi dah kena bertolak. Jadi, saya akan siapkan barangan sekolah mereka lebih awal.

“Sebelum ini pun, memang itu tugas saya. Siapkan mereka dan saya jugalah yang hantar serta ambil mereka balik sekolah,” akhirinya.

Terdahulu, Shuib bakal ke udara buat pertama kalinya pada Isnin ini bemula jam 6 hingga 10 pagi.