‘Pilu Dgn Pemergian Mu..’ Ustaz Muhammad Flrdaus & Rakan Lem4sKetika MandiSungai Di Al-Qanathir Mesir
Pilu Dgn Pemergian Mu..’ Ustaz Muhammad Flrdaus & Rakan Lem4sKetika MandiSungai Di Al-Qanathir Mesir
Kota Bharu: Sukar hendak menerima hakikat, namun ini semua adalah ketentuan-Nya. Allah SWT lebih menyayanginya dan kami sekeluarga perlu reda dengan takdir ini,kata Siti Azlina Mohamad Asri, 46.
Siti Azlina adalah ibu kepada penuntut Universiti Al-Azhar, Muhammad Firdaus Ab Raiz, 25, yang disahkan men1nggal dunia akibat lemas ketika mandi di sebuah sungai di daerah Al-Qanathir Al-Khairiyah di Mesir.
Menurutnya, anak sulungnya itu yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Syariah berkelah bersama 10 rakannya pada Jumaat lalu sebelum ditemukan lem4s kira-kira 10 pagi semalam (waktu Malaysia).
Katanya, sebelum itu, dia menerima panggilan daripada keluarga besan pada 11 pagi kelmarin selepas isteri arwah memberitahu ibunya yang Ustaz Muhammad Firdaus lemas ketika berkelah bersama rakannya yang turut mengorbankan seorang lagi penuntut dari Pattani, Thailand.
Ustaz Muhammad Firdaus Ab Raiz dan rakannya dari Pattani Thailand – Al fatihah.
Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah pada tahun lalu ketika majlis perkahwinannya dan selepas itu arw4h bersama isterinya, Siti Hajar Hassan, 22, kembali semula ke Mesir untuk menyambung pengajian mereka di Universiti Al-Azhar dan dijangka menamatkan pengajian pada Oktober depan.
Hati ini berasa sayu dengan insiden yang menimpa arw4h, namun saya tetap kena reda dengan takdir dan Allah SWT sudah menetapkan anak kami men1nggal dunia dan perlu menerima kenyataan ini walaupun sukar.
Saya dan suami akan bertolak ke Mesir pada petang ini, namun jen4zah arw4h dijangka dikebumikan di sana pada 4 petang ini (waktu Malaysia). Mungkin kami tidak sempat menatap wajahnya buat kali terakhir, tetapi akan menziarahi pusaranya, katanya ketika ditemui di rumahnya di Kubang Kerian, di sini, hari ini.
Katanya, arw4h yang juga anak sulung daripada tujuh beradik adalah anak yang baik serta peramah dan sentiasa memaklumkan kepada orang tua jika hendak pergi ke mana-mana.
Bagaimanapun, kali ini arw4h tidak memberitahu saya ketika dia mahu pergi berkelah bersama rakan-rakannya sehingga mendapat perkhabaran duka apabila arwah disahkan lemas, katanya.Al fatihah.