Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Lebih sejam isteri tahan s4kit, suami enggan doktor lelaki sambut kelahiran bayi sebab aur4t


SETIAP pasangan memang teruja apabila bakal sambut kelahiran anak, apatah lagi ia merupakan cahayamata pertama.

Pelbagai persiapan awal telah dibuat agar kelahiran berjalan lancar termasuklah menginginkan doktor wanita yang menyambut kelahiran anak itu nanti.

Namun kita hanya merancang, ada ketikanya ibu terpaksa terima hakikat doktor yang bertugas untuk menyambut kelahiran pada hari itu adalah seorang doktor lelaki.

Mustahil untuk menunda kelahiran di saat genting ketika itu.

Menerusi Facebook Dr Ahmad Zakimi Abdullah, beliau berkongsi satu kisah sewaktu berkhidmat di sebuah hospital daerah.

Di suatu ketika semasa aku kerja di sebuah hospital daerah, ada seorang suami membawa isteri yang nak bersalin ke bilik bersalin.

Si suami berseluar pendek, bertopi dan memakai rantai. Ala-ala hip-hop. Si isteri pula memakai baju seolah-olah tak cukup benang.

Takpe lah, mungkin si isteri tu terlalu sakit nak bersalin maka tak sempat pakai baju yang cukup syaratnya.

Doktor! Isteri saya nak bersalin ni. Ujar si suami tegas. Keadaan agak kelam kabut.
Takpe encik. Nanti saya periksa dulu berapa cm bukaan. Balas aku.

Eh doktor! Takde doktor perempuan ke?. Si suami panjangkan berbualan kami. Agak tegas.

Takde encik. Saya sorang saja oncall malam ni.

Doktor perempuan tak bertugas malam ni. Hanya saya sorang. Ujar aku sambil memakai sepasang glove. Siap sedia untuk jalankan tugas pemeriksaan.

Mana boleh doktor lelaki periksa isteri saya. Doktor ni tak belajar agama ke? Kan aurat tu. Hospital kat Malaysia ni tak Islam sungguh gamaknya. Betul lah orang lain kata.

Si suami masih bertegas dan cuba menolak. Keadaan sedikit tegang. Bilik bersalin ketika itu juga agak sibuk. Kedengaran jeritan ibu-ibu lain yang tengah meneran.

Saya pun doktor muslim. Saya memang tak alim sangat tapi tahu juga sikit pasal agama. Isteri encik kan nak bersalin. Dalam keadaan nak bersalin tu dah kira darurat.

Lagipun saya sorang saja yang ada dan mampu sambut bersalin. Tambah pula isteri encik ada masalah da rah tinggi.

Misi tak boleh sambut. Jawab aku sambil menoleh ke arah misi-misi bilik bersalin.

Aduhhhh. Aduhhh. Sakit! Sakit! Bunyi teriak si isteri dari bilik 2. Wajah pucat si suami terpancar.

So takleh panggil doktor perempuan kat rumah ke, doktor. Maaf encik. Tak boleh. Dia pun akan oncall esok.

Takpe nanti saya suruh misi check jalan isteri encik dulu. Nanti nak bersalin terpaksa saya juga sebab isteri encik ada masalah.

Oklah. Nak buat macamana. Negara je Islam. Hospital KKM yang tak Islamik.

Takpe encik. Keadaan darurat membenarkan saya sambut kelahiran bagi wanita nak bersalin. Tiada lagi aurat.

Setelah sejam setengah lamanya, akhirnya pesakit wanita itu dah 10cm. Akhirnya aku menyambut kelahiran anak lelaki mereka dengan selamat.

Nah encik. Ni anak encik. Anak lelaki. Encik boleh azan di telinga anak ni.

Sebelum ni eloklah encik tutup aurat encik tu sebab tadi encik cakap pasal aurat kan. Nah pakai kain sarung saya. Ujar aku sambil hulurkan kain sarung kepada dia.

Tapi doktor. Saya tak tahu sangat azan. Tak biasa. Boleh doktor azankan dan doa-doa skit. Ok. Nanti saya tunjukan. Terima kasih, doktor.

Hai. Bukan main cakap aku tak belajar agama. Dia sendiri tak tutup aurat. Nak azan pun tak biasa katanya. Hmmm.

Aku nak ceritakan sedikit tentang apa yang boleh kita belajar dan simpulkan dari cerita di atas berkenaan dengan isu aurat wanita ketika nak bersalin dengan doktor lelaki.

Aku ingin kongsikan satu Hadis Rasulullah SAW, Bahawa Ummu Salamah (isteri Nabi SAW) telah meminta izin kepada Nabi SAW untuk rawatan bekam, maka Nabi SAW menyuruh Abu Toibah merawatnya.

Berkata Jabir, Aku kira bahawa Abu Toibah itu adalah saudara susuan Ummu Salamah atau budak kecil yang belum baligh. (Hadis riwayat Muslim, no. 2206)

Para ulama bersependapat bahawa doktor lelaki dibolehkan untuk tujuan merawat mahupun menyambut kelahiran bagi wanita yang bukan mahram dalam keadaan darurat (terdesak). Hukumnya harus.

Jika hanya doktor lelaki itu saja yang ada dan tiada doktor wanita yang mampu dalam kepakaran tersebut ketika itu.

Semoga bermanfaat untuk semua.