Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Itu kemahuan dia, tiada guna kalau..” Baru Je genap 10 tahun khwin, peIakon Yusry dedh perubahan istrinya


“Itu kemahuan dia, tiada guna kalau..” Baru Je genap 10 tahun khwin, peIakon Yusry dedh perubahan istrinya


Pengarah dan pelakon terkenal, Yusry KRU atau nama sebenarnya Datuk Yusry Abdul Halim memaklumkan penghijrahan yang dilakukan oleh isterinya, Datin Lisa Surihani disebabkan Allah dan bukan paksaan daripada dirinya sebagai suami.

Kata Yusry, tiada apa-apa manfaat atau kebaikan jika penghijrahan yang dilakukan atas suruhan suami dimana seorang isteri perlu berniat untuk melakukan perubahan hanya kerana Allah taala.

“Itu adalah kemahuan dia dan tiada gunanya kalau awak buat sesuatu tu bukan kerana Allah SWT. Kalau dia pakai tudung sebab suami suruh buat apa?

“Jadi itu yang dia nak dan buat ini kerana Allah, jadi saya restu itu je saya tidak pernah berkata…eh pakai ini pakai itu buat ini jangan buat itu,” katanya.

Jelas pengarah yang berusia 49 tahun itu lagi, perubahan Lisa yang sudah menutup aurat dengan sempurna dilakukannya sejak mereka sekeluarga selesai mengerjakan umrah yang lalu.

Terdahulu, Lisa menjadi bualan netizen di media sosial yang kagum dengan penghijrahannya yang jauh lebih baik berbanding dengan penampilannya sebelum ini.

Malah, rata-rata netizen memuji perubahan Lisa yang semakin berusaha menimba ilmu dan mendekatkan diri pada Sang Pencipta sekali gus dapat memperbaiki diri sebagai hambaNya.

Lisa Surihani takut terleka dengan pujian

Bukan mudah untuk istiqamah, pelakon Datin Lisa Surihani mengakui berasa takut sekiranya dirinya dihujani dengan pujian ramai tentang penghijrahannya.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 36, dugaan boleh hadir dengan cara yang positif seperti pujian dan enggan dirinya hanyut dalam lautan kata-kata positif yang diberikan umum.

“Antara dugaan yang dilalui ialah berbentuk positif, Bila orang mendoakan, kita aminkan dan akan berbalik kepada mereka berganda.

“Namun, jika orang mula memuji, saya takut. Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” katanya dalam sebuah program hiburan malam tadi.

Kata pelakon filem Lagenda Budak Setan itu, meskipun pujian merupakan kata-kata yang indah namun semua itu boleh melalaikan seseorang.

“Lumrah manusia suka dengan pujian tetapi kadang-kadang kita boleh terlupa dan rasa seronoknya apabila dipuji orang lain.

“Apapun, mereka yang berhijrah perlu sentiasa ingat semuanya datang daripada Allah, muhasabah diri dan ingat niat asal kita.

“Untuk kekal istiqamah ini sebenarnya agak mencabar dan ada macam-macam perkara yang boleh membolak-balikkan hati kita. Sama-sama kita mendoakan sesama sendiri,” ujarnya.

Sebagai info, dia yang merupakan isteri kepada pengarah terkenal, Datuk Yusry Abdul Halim itu mula berhijab sekitar tahun 2019.

Hari demi hari, penampilannya yang semakin tertutup, kurang bersolek dan menghias diri kian mendapat pujian ramai dalam media sosial

Genap 10 Tahun Kahwin, Datuk Yusry Bertuah Miliki Lisa Surihani Sebagai Isteri – “You Are Such Wonderful Person…”.

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-10, pengarah Datuk Yusry Abdul Halim menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta, Datin Lisa Surihani.

Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya, Yusry meluahkan rasa bersyukur dan terharu kerana memiliki Lisa sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata.

Pada masa sama, pengarah berusia 49 tahun ini menyifatkan pelakon filem Lagenda Budak Setan itu sebagai insan paling berharga dan bermakna.

Yusry turut dilihat menghadiahkan sebentuk cincin kepada Lisa ketika meraikan ulang tahun perkahwinan bersama di sebuah kedai barangan kemas.

“10 tahun dah kita hidup bersama. And throughout it, there isn’t a single minute that I don’t feel like the luckiest guy in the world.

“Thanks for the wonderful & meaningful times spent together. Thanks for always being there for me & our children.

“You are such a wonderful person to be spending my life with; you are a fabulous & loving mother to our 3 beautiful kids.

“Really don’t know how else to express my feelings as I am so deep in gratitude. Thank you dear.

“I love you & am madly in love with you. Selamat Hari Kita 10 sayang,” tulisnya.

Sekadar informasi, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga bersama pada 23 Februari 2012.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Sumber : m star