Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Ini Komen Johan Selepas Timbul lsu Bayaran Ratusan Ribu Masuk Ke HotFM

Ini Komen Johan Selepas Timbul lsu Bayaran Ratusan Ribu Masuk Ke HotFM

Petaling Jaya – Pelawak dan penyampai radio, Johan tampil ke udara di stesen radio Hot FM yang mengendalikan segmen Bekpes Hot HaHaHaNgat bersama Fara Fauzana dan AG bermula hari ini.

Setelah tamat tempoh kontrak bersama stesen radio lain, Johan memaklumkan bahawa dia menerima tawaran daripada Hot FM kerana inginkan c.abaran dan tidak mahu berada di zon selesa.

Penerimaan tawaran ini merupakan satu tanggungjawab berat yang perlu dipikul kerana dia ingin menaikkan r.ating Hot FM menjadi stesen radio nombor satu di Malaysia.

Bila saya buat satu benda dah selesa, apa kata ambil c.abaran di luar kotak dan kebiasaan, di luar kelaziman apa yang sudah buat. Bila saya datang ke sini bukan nak kekalkan, saya ambil cabaran ini sejujurnya bukannya stesen nombor satu, tapi ambil c.abaran ini untuk membantu menaikkan ra.ting stesen radio ini.

“Memang tanggungjawab besar. Dalam perkara ini, dua saja, kalau berjaya mampu, kalau tak m.ampus. Sebab satu, saya akan gunakan segala pengalaman yang ada tak semua orang b.erani tanggung dan jawab, tapi saya ambil tanggungjawab dan cabaran dan saya datang sini supaya dapat naik taraf stesen radio ini, kalau nak kekalkan tak perlu panggil saya,” katanya.

Bayaran Ratusan Ribu

Ditanya mengenai bayaran ditawarkan yang did.akwa mencecah RM 500,000 merupakan faktor dia menerima tawaran untuk berkhidmat di Hot FM, Johan dengan jujurnya memberi respons dengan menyatakan dia bekerja demi duit bagi menyara keluarganya.

Soal bayaran, saya nocomment. Tapi, saya bekerja untuk duit, untuk anak bini saya. Sebelum ini bekerja sendiri, apabila m.ati saya tak tinggalkan apa-apa, cuma tinggalkan tanah perk.uburan saja.

Jadi, saya memang bekerja untuk duit. Saya memang akan pastikan orang bila dah bayar saya, berbaloi dengan hasil kerja saya, jelasnya.

Sebab itu saya tak peduli, saya datang dengan barang pengalaman dan pengetahuan saya, kita buat ini, buat itu. Minta maaf cakap, saya agak t.egas dengan AG dan Fafau Fara Fauzana.

“Saya pelawak, saya faham macam mana perbualan itu nak bagi menarik. Di mana nak punchline, siapa nak bawa s.tory itu, perkara ini saya bentangkan kepada mereka. Mereka adalah penyampai radio, saya satukan sebagai pelawak dengan penyampai radio supaya ia tak bert.indih dan ia berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, dia turut menegaskan bahawa pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki dalam bidang ini dapat membantunya untuk membawa perubahan kepada Hot FM ketika ditemui sesi santai Jom Bekpes Bersama Hot FM di Sri Pentas, Bandar Utama, pagi ini.

Walaubagaimanapun, Johan turut memaklumkan bahawa pada mulanya dia merancang untuk berehat selepas tamat kontrak pada 30 Jun lalu kerana ingin memberi tumpuan lebih terhadap anak-anak dan perniagaannya.

Namun, setelah menerima tawaran daripada Hot FM yang mana turut mempunyai hubungan yang baik bersama Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran, dia menerima untuk bekerja dengan Hot FM.

Untuk makluman, kontrak Johan bersama stesen radio lama telah tamat pada 30 Jun lalu setelah berkhidmat selama 11 tahun dalam segmen pagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook NewsToday 80

Kredit : TV3  via dailybdbarta.com