Dgn Kuasa AIIah, Siapa Sangka Daun Sawit Ini Masih Hijau Dan Tak Kering Wlupun 6 Hari Mngsa HiIang
Dgn Kuasa AIIah, Siapa Sangka Daun Sawit Ini Masih Hijau Dan Tak Kering Wlupun 6 Hari Mngsa HiIang
” Pihak berkuasa ada menemui kesan leraian sisa daun sawit yang dicarik-carik…”
Itu maklumat dikongsi pihak berkuasa sebagaimana dilaporkan BeritaHarian dua hari lalu ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dalam misi mencari warga emas yang hilang, Painah Siwan, 79.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, pasukan SAR menemui kesan leraian sisa daun kelapa sawit yang dicarik-carik kira-kira 800 meter dari kawasan ma\ngsa dilaporkan hilang.
” Kesan leraian daun berkenaan dipercayai dilakukan mngsa untuk mengambil lidi sebelum dijadikan penyapu.” kata Ismail.
Mngsa tanya anak kat mana orang tebang pokok kelapa sawit
Sementara itu, anak mngsa, Sadiah Mohari, 42, berkata, ibunya pergi ke kawasan itu yang jauhnya 700 meter dari rumah mereka bagi mencari daun kelapa sawit untuk dibuat penyapu lidi.
” Kami tinggal serumah dan petang kejadian dia bertanya kepada saya tempat orang menebang pokok kelapa sawit kerana mahu mengambil daunnya dibuat penyapu lidi.
” Tidak sangka emak boleh hilang seolah-olah ada sesuatu yang menghalangnya untuk keluar dari kawasan kebun itu,” katanya.
Mngsa dah dijumpai bersama sepasang selipar dan secekak daun sawit
Selepas enam hari hiIang, warga emas yang dilaporkan hilang di kebun sawit Kampung Parit Kasih Sayang di Senggarang, Batu Pahat sini ditemukan selamat, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, bagaimanapun, mangsa, Painah Siwan, 79, dalam keadaan lemah ketika ditemui sekitar jam 11.25 pagi tadi.
Katanya, mangsa ditemukan berhampiran lopak air 900 meter dari pos kawalan operasi dan 1.4 kilometer dari arah hadapan rumahnya.
” Painah dijumpai oleh dua orang awam yang turut bersama dalam operasi mencari dan menyelamat.
” Operasi disertai oleh 102 orang pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta 20 orang kampung.
” Turut dijumpai bersama mangsa adalah sepasang selipar dan secekak lidi daun sawit yang sebahagiannya telah diraut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Ismail Dollah memaklumkan, mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat menaiki ambulan Angktan Pertahanan Awam (APM) untuk rawatan dan kini dalam keadaan stabil.
Terdahulu, Painah dilaporkan hilang selepas masuk ke kebun untuk mencari sisa daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada Rabu lalu.
Susulan kehilangannya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan melibatkan 187 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat.
Dengan kuasa Allah, secekak daun sawit tak kering walaupun selepas 6 hari
Dalam pada itu, seorang ahli keluarga terdekat mngsa berkongsi satu vdeo terbaru di TikTok, sehingga meraih perhatian ramai.
Pemilik akaun ItaComely itu berkongsi gambar sepasang selipar dan secekak daun sawit yang tak kering serta kelihatan masih hijau yang dijumpai bersama mngsa.
Apa yang cuba dimaksudkan ItaComely barangkali nenek Painah membawa bersama secekak daun sawit sewaktu dia hiIang.
” Barang-barang bukti yang dijumpai bersama Wak. Dengan kuasa Allah daun-daun itu tak kering walaupun setelah 6 hari mngsa tak dijumpai” tulisnya.
Vdeo pegun tersebut telah meraih hampir sejuta tontonan.
Rata-rata tertarik dengan perkongsian itu kerana berpendapat daun kelapa sawit atau kelapa kebiasaannya akan kering selepas sehari dipotong.
Namun warganet menyifatkan tiada yang mustahil dengan kuasa Allah meskipun setelah 6 hari, bukan sahaja daun itu tak kering, namun nenek Painah juga masih mampu bertahan tanpa makan dan minum.
Tidak kurang juga yang berkongsi kisah hampir serupa yang pernah berlaku sebelum ini.
” Budak hilang di Kulim..masa dia hilang dia tengah makan ais pop. hilang time maghrib. esok pagi lepas jumpa ais pop masih di tangan dan keras lagi tak cair..” tulis Sunani.
” Jika betul nenek ni sesat ke alam lain, boleh jadi waktu di alam sana lagi pendek nak banding kita..contoh kita 6 hari, tapi kt sana baru 6 jam..contoh la..” tulis Ekudz.
Sumber:bharian dan Tiktok ItaComely