Tragedi Aidil Adha, Qhis Azhar 3 tahun meninggal dunia ditemui Iemas di sungai, bayi 18 bulan masih tidak ditemui
Tragedi Aidil Adha, Qhis Azhar 3 tahun meninggal dunia ditemui Iemas di sungai, bayi 18 bulan masih tidak ditemui
BEAUFORT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang pada petang Sabtu ditemukan lemas di sebuah anak sungai di Kampung Kuridak Gerama pada Ahad.
RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI
Mohd Qyis Azhar Abdul Halim ditemukan pada jam 10.20 pagi oleh penduduk kampung dalam keadaan terapung kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan kanak-kanak itu pada jam 5.45 petang Sabtu.
Menurutnya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 24 kilometer dari BBP Beaufort.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan seterusnya dibawa ke Hospital Beaufort untuk pemeriksaan lanjut.
“Keluasan kawasan pencarian sejauh dua radius kilometer dan setakat ini mangsa belum ditemui. Maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa,” katanya.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan Jude Angel berusia 18 bulan hilang dipercayai tersesat di hutan atau terjatuh ke sungai berikutan kawasan rumahnya berhampiran dengan sungai.
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..
Sumber SH