Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Selepas Berc3rai, Anak Telah Ditingg4lkan Bersama N3nek, Sumber Pendapatan Mereka Pula Dengan Meminta Sesen Dari Orang Yang Lalu Disana


Selepas Berc3rai, Anak Telah Ditingg4lkan Bersama N3nek, Sumber Pendapatan Mereka Pula Dengan Meminta Sesen Dari Orang Yang Lalu Disana


Kadang-kala demi meneruskan kehidupan, seseorang itu perlu mencari jalan dengan melakukan pekerjaan tak terjangkau dek fikiran walaupun usia telah mencecah lebih separuh abad.

Itu terpaksa dilakukan oleh seorang wanita warga emas, Mumun yang mencari sesuap nasi dengan menjadi ‘manusia silver’ di tengah bandar di sekitar Tangerang, Indonesia sejak empat bulan lalu.

Memetik laporan Merdeka.com, wanita berusia sekitar 60 tahun itu mengecat hampir seluruh tubuh sebelum berdiri di tengah panas sambil mendukung cucunya Reihan yang berusia dua tahun.

Difahamkan, Mumun perlu menyara dan membesarkan cucunya selepas ibu bapa Reihan mengambil keputusan untuk bercerai, sekali gus mengabaikan tanggungjawab terhadap kanak-kanak tersebut.

Justeru demi cucu kesayangan, Mumun yang sebelum ini pernah menjadi pembantu rumah tiada pilihan lain sebaliknya terus bekerja sebagai ‘patung silver’ untuk membeli pelbagai keperluan Reihan seperti susu dan makanan.

Jika diperhatikan koleksi foto yang dirakam, jauh di sudut hati warga emas berkenaan berharap agar pengguna jalan raya yang berhenti di lampu isyarat dapat menghulurkan sedikit wang sekali gus memenuhi kotak duit yang dibawa.

Sumber:Borakdaily.com