Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Sedih “Ayah terpaksa hidup di rumah orang tua,Kerna dibuang 4 anaknya sendiri”



Sedih “Ayah terpaksa hidup di rumah orang tua,Kerna dibuang 4 anaknya sendiri”

Seorang Ayah Terpaksa Habiskan Sisa H1dup Di Rumah Orang Tua Kerana Dibuang 4 Anaknya

Seorang pakcik tidak menyangka begini kesudahan nasib hidupnya setelah dirinya lum poh akibat st r0k. Hilang sudah sikap peduli dan ambil berat 4 orang anaknya yang ditatang penuh kasih dan sayang sejak dari kecil lagi. Han cur luluh hati Pakcik Awang kerana telah dibuang oleh 4 orang anaknya kerana tidak mahu bersusah payah menjaga orang tua yang lum poh.

Sekarang ini menghabiskan sisa-sisa umur yang tinggal di rumah orang tua, Rumah Ehsan, Kuala Kubu Bharu. Terlalu besar kekecewaanya, terlalu pa rah lu ka di hatinya terhadap layanan anak-anak terhadap beliau. Beliau berkata;

“Saya menyesal terlalu manjakan anak-anak sampaikan duit hantaran kahwin RM10,000 pun saya beri tapi bila minta tolong hantar pergi klinik, anak tak diendahkan dengan alasan isteri tak bagi.

.

“Kereta, motosikal dan duit pun saya beri walaupun dulu hidup tak senang mana tapi bila saya lum poh, anak-anak dah jadi lain.”

Sebelum ini beliau menumpang kasih dan tinggal bersama salah seorang daripada anaknya, namun anaknya itu kemudian turut membiarkannya terlantar di hospital berseorangan selama hampir setahun. Menurutnya, anak2 langsung tidak bertanya khabar atau menziarahinya semasa berada di hospital.

“Anak-anak tak jenguk pun, semua hospital buat hingga puasa dan raya tahun lepas pun mereka tak ada datang. April baru ini saya dibawa ke sini dan sekarang memang tak ada hati langsung atau sayang ke anak-anak.”

Ya Allah, hati Pakcik Awang memang betul2 terguris dengan sikap 4 anaknya itu apabila beliau mengatakan;

“Kalau saya ma t1 pun, tak perlu beritahu mereka kerana saya tak mahu ingat mereka lagi,” katanya.

Allahu, betapa besarnya d0samu wahai anak… Kepada netizen semua, kutiplah pengajaran daripada kisah ini, muhasabahlah diri masing2 terutamanya kepada mereka yang masih punya ibu dan ayah. Ingatlah keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan ibu bapa.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ

Dari Abdullah bin Amr radliallahu ‘anhuma dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Redha Allah terdapat pada redha seorang bapa, dan murka Allah juga terdapat pada mvrkanya seorang bapa.” (HR Tirmizi no:1821) Status: Hasan

Kredit By: Majlis ilmu / bicarakini Via Corentan Nasihat