Ringankanlah Mulut Untuk Ucapkan Takziah Pada Orang Yang Dilanda Ujian Walau Tidak Dikenali, Ganjaran Di Akhirat Kelak Allah SWT Pakaikan Kita Pakaian Kemuliaan..ALLAHUAKBAR
Ringankanlah Mulut Untuk Ucapkan Takziah Pada Orang Yang Dilanda Ujian Walau Tidak Dikenali, Ganjaran Di Akhirat Kelak Allah SWT Pakaikan Kita Pakaian Kemuliaan..ALLAHUAKBAR
Mus!bah kita tidak akan jangka bila akan datang. Namun, segala musib4h itu adalah tanda amaran kepada kita untuk meninggalkan kemungkaran dan kembali bertaubat kepada Allah SWT.
Saban hari, kita membaca kes-kes kemat!an dan pemergian orang di sekeliling kita. Sama ada ia melibatkan diri kita, ipar duai kita, jiran tetangga mahupun sesama muslim. Masa yang sama, kita juga mungkin berat mulut untuk mengucapkan salam takziah pada keluarga diuji kesusahan atau kemat!an atas alasan, kita tidak mengenalinya atau tidak pernah bertemunya langsung. Kata orang tiada kena mengena pun.
Namun tahukah, walau kita tidak mengenali ahli keluarga yang dilanda uj!an itu, rebutlah untuk ucapkan salam takz!ah buat mereka yang dilanda musibah ini. Ini kerana, hukum mengucapkan takz!ah adalah sunat yang dituntut.
Tahukah dengan hanya mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali) saat kita mendengar berita kemat!an atau ujian itu, Allah akan pakaikan kita pakaian kemuliaan di hari akhirat kelak.
Ini berdasarkan satu hadis diriwayatkan Abu ‘Umarah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takz!ah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari ki4mat kelak.”(Riwayat Ibn Majah – 1601)
Takzi4h dari sudut bahasa merujuk kepada : “Memberikan ketenangan kepada keluarga si mat! dan menggalakkan mereka untuk bersabar dengan jaminan pahala (terhadap perbuatan itu) serta mendoakan jen4zah si mat! yang beragama Islam dan juga doa kepada mereka yang ditimpa mus!bah.”
Masa yang sama juga, ucapan takziah kepada individu yang kita kenal atau tidak kenal itu adalah dengan cara menyuruhnya supaya bersabar menghadapi ujian kala itu. Seperti ucapan ‘semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada kamu’ dan seumpamanya.” (Rujuk Hasyiyah Al-Sindi ‘ala Ibn Majah – 1/486)
Sumber: Kashoorga via majalahilmu via kongsiinfo.com