Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Persatuan Kecewa Mat Kilau Papar Askar Sikh Cederakan Orang Tua, Kanak-Kanak


Nampaknya, filem Mat Kilau terus mencipta sejarah apabila mencatat kutipan RM61 juta dalam masa 17 hari ditayangkan di pawagam.


Namun, disebalik kejayaan tersebut, ada cerita tak sedap didengar mengenai filem arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu.


Terbaru, Persatuan Sikh Malaysia meluahkan rasa kesal berhubung watak askar British daripada kaum Sikh yang dikatakan boleh menimbulkan salah faham agama dan kaum.


Menerusi satu kenyataan dimuat naik di Facebook Khamis lalu, persatuan itu kecewa apabila filem tersebut menggambarkan kaum dan agama lain seperti Sikh sebagai penjahat.



“Filem mengenai tokoh sejarah Mat Kilau tetapi malangnya ia menggambarkan kaum dan agama lain sebagai penjahat. Kami percaya ini boleh membawa kepada ketidakharmonian kaum,” tulis kenyataan itu.


Mereka turut mempersoalkan babak askar Sikh bertindak kasar dengan mencederakan orang tua, kanak-kanak dan golongan tidak berdaya dalam filem berkenaan.


“Bahagian ini telah ditambah oleh produser untuk membuat jalan cerita menjadi menarik.


“Walaupun babak kontroversi dalam filem itu adalah fiksyen semata-mata, ia tidak menyenangkan malahan melukakan kami,” tulis mereka.


Dalam pada itu, mereka turut menggesa industri filem Malaysia tidak menghasilkan filem yang mempunyai sentimen agama dan kaum yang boleh menimbulkan salah faham terhadap agama dan kaum.


Sumber: Rotikaya