Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Peniaga Cendol Ditipu Rakan Dan Dibuang Keluarga, Netizen Sebak Lihat Nasib Lelaki Ini

Peniaga Cendol Ditipu Rakan Dan Dibuang Keluarga, Netizen Sebak Lihat Nasib Lelaki Ini

Baru-baru ini, tular di Tik Tok kisah seorang peniaga cendol yang mendakwa dirinya ditipu dan berada dalam kesusahan. Kisah hidup yang dialami oleh lelaki itu turut membuatkan kebanyakan netizen berasa sebak melihatnya. Video yang dikongsikan itu juga tular dan menerima lebih dari dua juta tontonan setakat ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik video memberitahu dia dihampiri oleh lelaki tersebut yang bertanyakan sesuatu kepadanya. Pada awalnya, lelaki itu bertanyakan bagaimana dia boleh mencari imam yang berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

Dia kemudiannya menceritakan kesusahan yang dialaminya di mana dia telah ditipu oleh rakannya yang kononnya ingin membantunya membuka gerai cendol di Terengganu. Hasil daripada penipuan itu, peniaga cendol ini telah mengalami kerugian sebanyak RM3,000.

Dalam masa yang sama, lelaki itu juga mengalami kecederaan pada bahagian kaki selain dibuang keluarga selepas mereka tidak dapat menerima dirinya yang kini beragama Islam. Simpati dengan nasib yang dialami peniaga cendol itu, pemilik video sempat menghulurkan sedikit wang untuk meringankan bebannya.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama bersimpati melihat nasib peniaga tersebut. Malah ada juga yang berniat ingin membantu namun tidak pasti bagaimana cara untuk berhubung dengan lelaki itu.

“Sebak masa dia cakap, family tak terima saya sebab saya islam.”

“Kesiannya dia cakap pun nampak penat.”

“Tolong bukak tabung untuk dia.”

“Moga pak cik dimurahkan rezeki.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL