Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

“Mama sakit..” Anak Mengadu Pedih, Rupanya Jadi Pemuas Nafsu Ayah Sendiri.


“Mama sakit..” Anak Mengadu Pedih, Rupanya Jadi Pemuas Nafsu Ayah Sendiri.


Saban hari, ada saja kisah-kisah rumah tangga bermasalah dapat dilihat melalui pelbagai perkongsian di media sosial.

Faktor terjadinya situasi sebegini boleh boleh disebabkan kehadiran orang ketiga, tiada lagi keserasian atau pun tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Namun kisah rumah tangga seorang wanita ini yang dikongsi oleh seorang sukarelawan bernama Natipah Abu cukup meruntun jiwa.

Rumah tangga yang dibina individu tersebut runtuh akibat perbuatan terkutuk suaminya sendiri terhadap anak kandung.

Sejarah hitam yang terjadi kepada anak kandung saya sendiri amatlah memeritkan.

Imbas kembali .. suatu hari saya dan suami bergaduh bila dia meminta izin utk membawa anak kami ke rumah ibunya.Sebaik pulang dr rumah mertua, anak terus memeluk erat saya dalam keadaan teresak-esak memberitahu mulutnya sakit sambil menunjukkan mulutnya..

Sambil memegang kemaluan saya seperti mencari sesuatu dan dia tanya

Sambil meraba mencari ubat yg dimaksudkan …
Terasa kelam dunia saya. Hampir putus nyawa saya. Saya terus membawa anak ke bilik mandi.
Semasa membuka seluar, anak berkelakuan luar biasa. Dia memegang seluarnya dan berkata ..

Terus dia nangis dan memeluk erat saya, lain dari kebiasaannya. Selasai mandikan anak, semasa hendak pakaikan dia pampers .. saya nampak kemaluan anak sangat merah dan lain sgt keadaannya..

Saya yang mandikan dan basuh berak dia setiap hari, mana mungkin saya tidak perasan kalau ada perubahan pada kemaluan anak saya sebelum ini.

Saya : haih adik, napa buat camni

Dia pantas menarik keluar tangannya , dan jawapan yg saya dapat mmg merobek-robek hati seorang ibu..

“ Abah buat ! “

Pagi esoknya, saya biarkan anak menyusu mcm biasa utk dptkan kesahihan tentang apa yg terjadi smlm..

Betapa terlukanya hati saya bila anak melakukan perkara sama, menyelinap masuk tangannya ke dlm seluar dalam saya dan mengeluarkan semula tangan sambil mengelap-ngelap di seluar dalam saya. Terkedu saya ..

Dengan apa yg saya lalui, saya tengok apa yg ditunjuk oleh anak tentang aksi yg berlaku, saya tidak mampu lagi utk tunduk dgn seorang lelaki yg bergelar suami. Biarlah derhaka pada suami tp saya masih mampu mempertahankan anak kandung saya sendiri..

Akhirnya … saya membawa anak saya ke hospital. Kini saya dlm proses menuntut keadilan buat anak saya . Oleh sebab yang tidak pernah terlintas akan terjadi pada diri saya sendiri, saya memang tiada sesen pun simpanan. Lebih-lebih lagi … saya telah berhenti kerja setelah berkahwin.

Saya terpaksa pulang ke pangkuan ibu dan ayah kandung untuk berlindung dan meneruskan hidup bersama anak saya. Akan tetapi, usia ibu dan ayah yang semakin uzur membuatkan saya terasa seolah-olah telah membebankan mereka.
Ibu tidak bekerja , pendapatan ayah sebelum ini, hanyalah semata-mata daripada wang pencennya sbg anggota tentera satu masa dulu.
Sehingga kini, kami 7 orang anak-beranak tinggal serumah. Saya ada dua orang abang. Seorang OKU mental.

Seorang lagi abang saya telah berkahwin tapi isterinya meninggal dunia. Abang saya hilang pekerjaan setelah lori yang dipandu abang terlibat dlm kemalangan dan telah mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak.

Selain anak saya .. ada anak abang saya juga tinggal bersama dan semua ditanggung sara hidup sepenuhnya oleh ayah yang telah tua. Ayah terpaksa keluar bekerja mencari pendapatan tambahan sbg pengawal keselamatan gantian bagi menyara kami.

Trauma dgn peristiwa hitam itu, saya takut untuk keluar bekerja dan meninggalkan anak di rumah .
Kesihatan abang saya sebagai OKU mental juga tidak menjanjikan keselamatan anak saya.
Anak saya pula .. enggan berenggang langsung dgn saya sejak kejadian itu.

Simpati pada ayah … saya memilih untuk berniaga kecil-kecilan, menjual nasi lemak di sekitar kawasan perumahan kami. Pendapatan daripada jualan nasi lemak yang tak seberapa ini digunakan bagi menampung perbelanjaan.

Saya juga perlukan wang untuk membiayai kos perjalanan dan lain -lain yang berkaitan dgn urusan temujanji dgn pihak hospital dan juga mahkamah.

Saya terpaksa melalui juga proses undang-undang bagi mendapatkan hak jagaan anak saya kerana dituntut oleh bekas suami. Saya amat mengharapkan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak untuk terus menjadi tulang belakang dan semangat saya.”

Bagi sesiapa yang ingin menderma boleh lah hubungi sukarelawan tersebut di facebook beliau.

Sumber : fb Natipah Abu