Lepas wanita “Pelawak lelaki pula buat lawak sindir islam..Astaghfirulllah”
Netizen berang ‘pelawak’ komedi solo sindir Islam
Selepas seorang wanita dikenali Amy didakwa menghina Islam, kini tular pula video seorang lelaki yang dikatakan melakukan penghinaan yang sama di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengasas bersama Crackhouse itu, dilihat seorang lelaki berkongsi pengalamannya ketika bersekolah di sebuah sekolah kerajaan ketika sedang membuat persembahan stand up komedi di kelab tersebut.
Dalam perkongsian itu, dia mendakwa ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ di sekolahnya dulu pernah memberitahu bahawa pelajar bukan Islam akan ke neraka.
“Jika anda muslim, anda akan ke belajar pengajian Islam. Jika anda bukan Islam, anda akan ke neraka. Ya, itu yang ustaz ustazah beritahu pada saya,” katanya.
Perkongsian video berdurasi empat puluh dua saat itu turut diiringi gelak ketawa daripada para penonton yang hadir.
Jangan tipu dan buat fitnah, bro!
Rata-rata di kalangan warganet menyelar lawak jenaka yang dibuat oleh lelaki tersebut kerana ia dikatakan satu fitnah dan meminta dia untuk membuat ‘kerja rumah’ secara lebih mendalam sebelum berkata sesuatu di khalayak ramai.
Boleh pecahkan hubungan harmoni sesama masyarakat
Terdapat seorang warganet mengatakan ‘lawak jenaka’ yang berunsurkan keagamaan itu boleh dikatakan menjadi penyumbang kepada ketidakharmonian kepelbagaian kaum dan agama di negara ini.
Sebagai cikgu,tak pernah lagi dengar rakan2 cakap benda macam ni…
Tidak kurang warganet yang dipercayai seorang guru memberitahu dirinya tidak pernah mendengar rakan-rakan pendidiknya berkata sebegitu kepada anak-anak murid, lebih-lebih lagi merendahkan agama seseorang.& fitan
Tapi, ada betulnya dia cakap tu
Walau bagaimanapun, ada segelintir warganet bersetuju dengan lelaki tersebut dengan mengatakan ‘ustaz’ dan ‘ustazah’ di sekolah mereka pernah berkata sedemikian terhadap bangsa dan agama lain.
Difahamkan video tersebut dirakam ketika dia sedang membuat persembahan komedi solo di kelab tersebut pada tahun 2017.
Sumber Dan Rujukan
- TikTok @rizalvangeyzel
- OMM