Keajiban Menunaikan Solat Tahajud, Wanita Ini Dapat Pergi Makkah Tujuh Tahun Berturut-turut
Keajiban Menunaikan Solat Tahajud, Wanita Ini Dapat Pergi Makkah Tujuh Tahun Berturut-turut
Solat Tahajud merupakan solat sunat yang dikerjakan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam. Waktu sepertiga malam merupakan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa (doanya akan terkabul). Pada waktu tersebut para malaikat akan turun ke bumi. Solat sunat Tahajud dilakukan paling sedikit 2 rakaat dan paling banyak tidak ada batasannya dengan diakhiri dengan solat witir sebagai penutup.
Seseorang yang selalu mengamalkan solat Tahajud akan biasa mengawal emosinya kereana mempunyai ketenangan dan kedamaian jiwa. Ketika inilah kita berdoa kepada Allah agar dimakbulkan permintaan. Ajaibnya solat Tahajud ini hanya mereka yang mengamalkannya sahaja yang tahu.
Ikuti perkongsian Hajjah Rohana Saad keajaiban solat Tahajud.
Astaghfirullah Hal Adziim.. sebelum saya bercerita kisah benar ini berkenaan keajaipan solat Tahajud, saya beristighfar terlebih dahulu agar di ampunkan dosa2 saya bercerita hal ini.. saya benar2 ingin memberi perangsang pada anda untuk yakin sebenar-benar yakin akan kekuasaan ALLAH SWT, saya bukan nak riak. Semoga ALLAH mengampuni dosa2 saya.
Pada usia saya mencapai 50 tahun, saya ingin benar bersolat depan Ka’abah. Waktu itu, saya telah lama tidak bekerja..saya pencen perkhidmatan awam di umur genap 40 tahun. Saya hanya bergantung pada suami dan anak sulung segala perbelanjaan kehidupan. Amat mustahil dalam kemelesetan ekonomi tahun 2011 saya dapat menjejak kaki ke Tanah Suci.
Tambahan masalah lagi anak bungsu saya masih bersekolah dan amat payah untuk meninggalkan beliau untuk mengurus diri ke sekolah selama dua minggu semasa ketiadaan saya. Namun sebagai satu usaha saya lazimkan diri berdoa’ dgn bersungguh waktu solat Tahajud.
SELALU SOLAT TAHAJJUD
Suatu pagi.. selepas saya bertahajud kira-kira jam 4 pagi, saya berdoa dengan airmata mohon agar ALLAH permudahkan saya ke Tanah Suci. Selepas berdoa, dengan airmata yang masih ada saya terlena di atas sejadah.
Dalam masa saya terlena tersebut saya bermimpi arwah ibu memandang saya tetapi macam berkata “Cikna pergilah dalam bulan September dan bulan November”.. Saya terjaga dari tidur apabila terdengar azan subuh berkumandang. Saya terus melihat kalander rupanya cuti Hari Raya puasa jatuh sama dengan cuti sekolah selama 12 hari dibulan September tahun 2011 tersebut.
Tapi saya pelik jugak kenapa arwah sebut juga bulan November?. Saya maklumkan pada anak sulung mimpi tarikh tersebut dan beliau terus menempah tempat untuk saya ke Tanah Suci bulan September kerana di masa yang sama ALLAH murahkan rezeki buat keluarga saya.
JEJAK KAKI KE MAKKAH TUJUH TAHUN BERTURUT-TURUT
Buat pengetahuan anda semua, ALLAH telah menjemput saya menjadi tetamuNYA bukan saja tahun 2011 tapi juga 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 (Haji) dan 2017.. Rupanya bulan November tu maksudnya termasuk pergi haji. Masa tahun 2016 musim hajinya bulan November. Alhamdulillah.
ALLAH telah menyediakan ruang pertolongan yang begitu luas. Pada setiap malam ALLAH membuka pintu seluas-luasnya supaya hamba-hambaNya yang bangkit menadah dua tangan berdoa dan meminta kepadaNya.
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuhan kita, Maha Suci dan Maha Mulia KedudukanNya, pada setiap malam turun ke langit dunia yang paling rendah sekali di sepertiga akhir malam lalu menyeru: Adakah terdapat sesiapa yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan? Adakah sesiapa yang meminta kepadaKu nescaya aku perkenankan? Adakah terdapat sesiapa yang memohon ampun dariku nescaya Aku ampunkan?” (HR Muslim)
Ayuh kita jadikan solat Tahajud sebagai salah satu amalan dalam kehidupan harian kita. Solat Tahajud juga merupakan salah satu terapi jiwa yang paling berkesan selain sebagai satu wadah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Sumber kredit: FB: Hajjah Rohana Saad / mediamaklumat