Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Kahwin Dengan Kerabat Kelantan, Nilai Mas Kahwin Pelakon Terkenal Fiza Thomas Jadi Perhatian

Kahwin Dengan Kerabat Kelantan, Nilai Mas Kahwin Pelakon Terkenal Fiza Thomas Jadi Perhatian

Fiza Thomas Selamat Bergelar Isteri; “Tak Sempat Berbulan Madu, Jadual Pack Sampai Oktober.”

Pelakon dan penyanyi, Fiza Thomas selamat bergelar isteri kepada kerabat Kelantan, Tengku Mohamad Faris Tengku Mohamad Ismail, 26, pada 17 Julai lalu selepas empat tahun menyulam cinta.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di kediaman keluarga Fiza atau nama sebenarnya, Nur Hafizah Longkip @ Thomas, 29, di Sandakan, Sabah.

Fiza menerima mas kahwin berupa seutas rantai emas manakala wang hantaran dirahsiakan.
Bercerita lebih lanjut mengenai perkenalan mereka, Fiza berkata dia sudah mengenali suaminya sejak tujuh tahun lalu namun hanya mulai rapat ketika sama-sama terlibat menjayakan teater muzikal Ola Bola pada 2018.

“Alhamdulillah, semua majlis yang dirancang sudah selesai berlangsung. Saya memang mengenali suami sejak tujuh tahun lalu dan hanya mula rapat sejak sama-sama terlibat dalam pementasan teater muzikal Ola Bola pada tahun 2018.

“Dia seorang penari dan juga sekarang terlibat dengan kerja-kerja pengarahan untuk muzik video serta drama-drama tempatan,” katanya ketika dihubungi MH.

Belum sempat merancang bulan madu memandangkan jadual kerjanya penuh sehingga bulan Oktober, Fiza bagaimanapun berharap dia dapat ke Jepun bersama suami.

“Saya dah lama nak pergi Jepun, tapi itulah sekarang tiada masa lagi nak selit sampai bulan Oktober jadual saya full. Lepas selesai semua kerja baru baru saya akan fikirkan rancangan bulan madu.

“Bercakap mengenai perancangan anak pula, saya impikan empat orang anak, just nice bagi saya,” katanya lagi.

Bekas peserta Akademi Fantasia 2016 ini juga berkata dia akan terus bergiat aktif dalam bidang seni walaupun selepas bergelar isteri.

“Suami saya pun orang dalam industri, jadi dia sangat memahami dan beri keizinan untuk saya terus bekerja. Cuma saya sendiri kena tahu jaga batas-batas sebagai seorang isteri,” ujarnya lagi.

Sementara itu, pasangan berkenaan telah diraikan dalam satu majlis resepsi sebelah pihak lelaki yang diadakan di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor pada malam Khamis.

Antara rakan selebriti yang hadir memeriahkan majlis pasangan mempelai ini ialah, Zizi Kirana, Zarul Umbrella, Isyariana, Ara Johari, Sophia De Fam, Que Haidar dan isteri, Linda Jasmine.

Fiza atau nama sebenarnya Nur Hafizah Longkip @ Thomas berkata dia dan bakal suami saling berkenalan pada 2015 lalu dan pernah sama-sama membawakan watak penari dalam pementasan teater, Ola Bola The Musical.

“Apapun, kami sudah bercinta sejak empat tahun lalu dan keputusan berkahwin ini juga atas keinginannya mahu ‘menghalalkan’ hubungan kami ke fasa suami isteri dan berkeluarga,” katanya.

“Apatah lagi, saya sentiasa yakin dan percaya bahawa perkara baik pasti ada jalannya serta akan dipermudahkan Allah,” katanya pernah menyertai program realiti, Akademi Fantasia (AF) pada 2016.

Fiza yang sudah enam tahun aktif berlakon, kini bernaung sebagai residen artis Dinomay Entertainment. Terdahulu, nama Fiza mula mendapat perhatian dalam lakonan selepas dia membintangi iklan Aidilfitri Petronas, Rendang SoRaya pada 2019.

Sejak itu, banyak drama dibintangi Fiza sebagai pelakon pembantu, antaranya Skuad JPJ, Rindu Awak Separuh Nyawa, Lelaki Pendosa, Shurga Untukmu, Slhir dan terbaharu, Jangan Men4ngis Cinta di Astro sebagai Mawar juga kawan baik Riyana lakonan Amyra Rosli.

Fiza Thomas merupakan antara pelakon yang bakal menghiasi drama bersiri, Syurga Untukmu, sebuah naskhah garapan Ayie Mustafa.

Antara lain, siri baharu Slot Samarinda TV3 itu menampilkan Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim, Julia Farhana Marin, Ameerul Asyraf, Azza Elite, Noralbaniah, Fazlina Ahmad Daud, Rahhim Omar, Sefik dan Ummar Dzariff.

Biodata

Nama sebenarnya Nur Hafizah Longkip @ Thomas.

Menggunakan nama komersial, Fiza Thomas.

Berumur 27 tahun (2020).
Berasal dari Sabah.

Bakatnya dikesan daripada rancangan pencarian bakat nyanyian, Akademi Fantasia 2016 (AF2016) musim ke-13 yang turut melahirkan penyanyi Ara Johari, Amir Masdi, Amal (OAG), Jasper Supayah, Isyariana dan Isa Khan.

Bekas penuntut Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang tarian.

Pernah merakamkan single berjudul Teruskan ciptaan Omar K dan Hael Husaini sebaik menamatkan perjuangan di AF2016.

Kemunculannya di layar kaca menerusi drama Bini Aku Dari Neraka, Pemuja Rahsia, Syurga Untukmu dan Malek.

Pembabitannya dalam teater, antaranya menerusi pementasan Ola Bola, Bangsawan Dendam Laksamana dan Mud The Musical.

Fakta Menarik

Pernah dikenali sebagai Afi AF2016 sebelum bertindak menukar nama pentasnya kepada ‘Fiza Thomas’.

Namanya mula menjadi sebutan selepas menjayakan peranan watak Soraya dalam iklan ‘Rendang SoRaya’ daripada Petronas bersempena Aidilfitri 2019 .

Merupakan sebahagian daripada keluarga besar Enfiniti Academy yang dinaungi Puan Sri Tiara Jacquelina.

Mengagumi Tiara Jacquelina yang diletakkannya sebagai idola.

Menyimpan impian untuk merakamkan single hasil kerjasama daripada komposer popular masa kini seperti Hael Husaini, Amylea Azizan dan Ezra Kong.

Sering menghadiri ujibakat lakonan drama televisyen, walaupun rezekinya lebih berpihak kepada produksi iklan.

Mendedahkan dirinya sering menjadi pilihan kedua dan pelakon ganti dalam drama yang dibintangi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Media.com   via limauasamboi.pw