Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Gempar ,Salam tak pandang muka “Kepala anggota TLDM ditampar jemaah”

Salam tak pandang muka, kepala anggota TLDM ditampar jemaah

Tular satu video memaparkan seorang lelaki bertindak menampar belakang kepala seorang jemaah selepas selesai menunaikan solat di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Laut Diraja (TLDM) Lumut, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mangsa berusia 30-an kemudian tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Mangsa yang juga anggota TLDM telah bersalaman dengan suspek yang tidak dikenali sebelum ditampar di belakang kepala sehingga terkena telinga sebelah kanan.

“Disebabkan tamparan itu, mangsa mengalami sakit di bahagian belakang kepala dan telinga,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Nor Omar berkata, hasil siasatan awal mendapati berpunca kerana mangsa didakwa tidak memandang muka suspek ketika bersalaman menyebabkan suspek berang.

“Suspek beranggapan bahawa mangsa bersikap kurang ajar dengan suspek,” ujarnya.

Tambah beliau, kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung untuk dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

“Namun begitu, mangsa tidak mahu meneruskan siasatan dan menarik semula laporan polis sekali gus diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya.

Terdahulu, tular rakaman berdurasi 37 saat memaparkan suspek memakai baju hijau secara tiba-tiba menampar belakang kepala mangsa yang berbaju oren ketika bersalaman selepas solat berjemaah.

Sumber Dan Rujukan

Facebook Polis Daerah Manjung & Perak Press Via OMM