Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Diri sendiripun tak sangka “Alif sebak terima penghargaan,atas tunai Zakat cecah RM1..”

Tunai zakat cecah RM1 juta, Aliff Syukri sebak terima penghargaan

Tolak tepi sekejap cerita tentang impian dan cita-citanya untuk menjadi penyanyi nombor satu negara, perkongsian terbaru usahawan sensasi, Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengenai penghargaan yang diterima daripada pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) pastinya memberikan inspirasi kepada semua.

Antara yang bayar zakat hampir RM1 juta pada 2021

Dalam muat naik usahawan itu di media sosial, dia telah menyatakan rasa terharu dengan penghargaan yang diterima apabila disenaraikan sebagai antara individu yang membayar zakat mencecah RM1 juta pada tahun 2021.

Sebak kerana impian 15 tahun lepas tercapai

Dia dilihat sebak ketika mendapat penghargaan itu dan sempat berkongsi cerita tentang perjalanan perniagaannya kira-kira 15 tahun yang lalu.

Menurut usahawan tersebut, ketika itu dia hanya mampu membayar RM7 sahaja setiap bulan dan terus berazam untuk membayar lebih suatu hari nanti.

Ternyata perkara berkenaan menjadi semangat buatnya untuk bekerja lebih keras sehingga impian tersebut menjadi kenyataan.

“Dulu masa saya mula niaga 15 tahun lepas saya hanya mampu bayar RM 7 zakat setiap bulan,tapi saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan iainya menjadi satu semangat untuk saya kerja keras!!

Alhamdulillah hari ni jadi kenyataan,tidak la hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya…” tulisnya.

Contoh yang baik

Perkongsian yang dibuat oleh Aliff Syukri telah dibanjiri dengan komen-komen positif apabila warganet mengucapkan tahniah kepadanya kerana menjadi insan yang membayar zakat sekali gus membantu golongan asnaf.

Mereka juga berharap suatu hari nanti akan menjadi seperti usahawan terbabit yang tidak lupa akan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dalam membantu saudara seagama.

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris Via OHM