Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

AIIahuakbar, Rebah DIm Surau, LeIaki MeninggaI Dunia SIps SoIat Subuh Berjemaah..

AIIahuakbar, Rebah DIm Surau, LeIaki MeninggaI Dunia SIps SoIat Subuh Berjemaah..


Seorang lelaki meninggal dunia ketika menunaikan solat Subuh berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama, Kluang awal pagi tadi.

Berita yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Muhd Abd Rahman memberitahu lelaki dikenali Jalaludin Borhan dikatakan baharu sahaja bangun dari sujud untuk memohon petunjuk daripada ALLAH SWT kerana mengalami sakit di dada sebelum tersembam.

Muhd yang menjadi saksi pemergian lelaki itu berkata ketika kejadian Allahyarham tidak menunjukkan tanda-tanda pelik dan datang menunaikan solat di surau seperti kebiasaannya.

“Sedang azan arwah masuk ke dalam surau. Bersandar ke dinding selepas solat sunat. Menanti iqamah. Arwah menyapa “Ustaz, sini sini sebelah saya. Apa apa jadi senang“ Ketawa kecil kami.

“Selepas solat, berzikir, sedang berzikir urut dada. Arwah sujud utk mohon kekuatan dari ALLAH SWT. Bangun dari sujud, urut dada kembali dan rebah. Saya terkejut, melihat wajah arwah kita faham.

“Saya mengucap syahadah di telinganya dan ayat terakhir dari arwah. ALLAH! dan beliau pergi meninggalkan kita. Satu penyaksian dan pengakhiran yang kita semua cemburui,” ciapnya di Facebook.

Dalam pada itu, perkongsian Muhd kini meraih 1,100 tanda sedih.

“Lepas abam, seorang lagi insan yang baik telah pergi meninggalkan kita semua. Aku sangat cemburu melihat orang yang meninggal dunia di dalam solat. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman,” tulis Abdullah Jantan di Facebook.

Noorazilah Sulam pula memberitahu “al-Fatihah buat arwah. Semoga ALLAH tempatkan mereka bersama para solihin. Buat kak Maimunah Juraimi dan keluarga kami ucapkan takziah dan semoga tabah dgn ketetapanNya.”

AIIahuakbar semoga kematin daIam khusnul khotimah inshaIIah..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih